[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Early Autumn at Deoksugung Wall & Palace

21:00


Dari Exit 2 City Hall station, saya menapak ke Deoksugung Palace.
Deoksugung Palace ini adalah satu-satunya istana yang ada binaan European style dekat Seoul ni.
Sebelum masuk dalam, saya ke antara tempat yang popular untuk tengok autumn foliage dekat Seoul, iaitu Deoksugung Wall.

Oh, Deoksugung Wall ini ada mitos dia tau. Kononnya kalau couple jalan dekat sini sampai hujung, hubungan tu akan putus tengah jalan. Tapi saya rasa tak ramai orang Korea yang percaya sebab saya tengok ramai je couple yang jalan-jalan di sini.


Pintu masuk Deoksugung Palace yang sangat gah


Masa saya ke sini, daun belum habis tukar warna lagi.
Tapi tetap ramai orang berjalan-jalan sebab kebetulan ada event weekend tu.


Walaupun baru separuh bertukar, tetap cantik!
Ada muda-mudi berpakaian tradisional tengah ambil gambar.
Jadi saya pon curi-curi ambil gambar juga hehe

Matahari sangat terik, tapi suhu dia sejuk je.
Saya suka gambar ni sebab pokok hujung belah kiri tu nampak macam pokok sakura kan.

Warna-warni daun kehidupan (budget ayat puitis!)

Kebetulan ada tempat gantung wish macam Tanabata Festival dekat Jepun.
Jadi saya pon ambil kesempatan tulis wish hehe 
Dah penat pusing-pusing di luar, saya patah balik ke pintu depan dan beli tiket untuk masuk.
Harga tiket hanyalah KRW1,000.

Masuk dalam, agak terkejut tengok ramai juga orang. Ada rombongan budak sekolah, geng-geng madam Seoul dan juga remaja-remaja yang sangat hyperaktif.

Kat bahagian dalam palace pon belum habis tukar warna lagi

Tak tahan ramai orang, saya ke tepi-tepi dan jumpa pavilion ni.
Duduk-duduk tengok orang sambil layan perasaan,,, sangat best rasa nak tidur je kat situ

Tengah layan perasaan, tiba-tiba perasan ahjussi ni duduk seorang diri makan tengahari.
Pastu baru perasan kawasan dia duduk tu sangat cantik.

Jadi saya menapak diam-diam dan duduk di bangku sebelah ahjussi ni.
Ahjussi tu tak ada cakap apa pon pada saya jadi kami sama-sama diam dan layan perasaan dekat situ.

Pemandangan dari bangku saya...

Dah kematu punggung duduk, saya gerak keluar.
Sekali bila pandang atas, nampak pokok-pokok ni.
Cantik ya amat!

Inilah satu-satunnya bangunan style moden dalam palace ni.

Bangunan istana lagi



Sambil berjalan keluar, ligat berfikir mau ke mana selepas ini.
Masih ada masa hampir 2 jam sebelum boleh masuk bilik,..


You Might Also Like

9 comments

  1. FRUST!!! last year sis JM ke Deuksugung Palace, masuk dalam tu daun mmg x tukar kaler lagi tapi x tahu mcm mana n ke Deuksugung Wall huhuhuh..kami kuar terus ke king sejong ..sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deuksugung Wall tu sebelah pintu kiri pintu masuk tu kak JM. Kalau kuar exit Subway akan nampak orang menapak ke situ. Takpe Kak JM, ada rezeki nanti sila repeat!

      Delete
  2. sis JM terkejut Kay cakap nak ke Seoul lagi...hehehe....bila nak pergi tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe next year January insyaAllah :D Bila next trip akak?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~