[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Flower & Cafe Jeffrey, Daehangno

00:36


Petang terakhir di Seoul, saya ke Cafe Jeffrey di Daehangno.
Cafe Jeffrey ni saya dah lama usha dekat IG ramai orang pergi dan drinks dia nampak sedap bebenor!

Cafe Jeffrey ni terletak dekat Daehangno, stesen paling dekat adalah Hyehwa (Line 4) - stesen sama untuk ke Ihwadong Mural Street tu. Oh, cafe yang dekat Daehangno ni adalah cawangan kedua, cawangan pertama cafe ni ada dekat Hoegi. Daehangno dan Hoegi ni dua-dua stesen yang ada universiti jadi banyak cafe cute dan berpatutan macam ni.


Strawberry latte @ KRW7,000 ni lah yang buat saya mengidam berbulan-bulan (PS: saya tak pregnant pon)


Map untuk ke kafe ni:-




Kalau dari Hyehwa station, boleh keluar ikut Exit 2. Jeffrey cafe ni terletak belakang Maronier Park tu jadi kena pusing sikit. Saya tak pandai nak explain, jadi sila refer map kat atas ni kalau nak pergi.
Jalan tak sampai 10 minit pon (kecuali kalau anda tak ada sense of direction macam saya yang sesat barat >.<)


Pandangan luar kafe
Cafe ni juga ada kelas menggubah bunga pada hari-hari tertentu.
Patutlah interior dia banyak bunga-bunga :)

Buku menu luar kedai.
Saya rasa latte dengan gula kapas ni tengah famous dekat Seoul kot, banyak cafe yang ada menu ni

Lepas order, saya duduk dekat terrace dekat luar.
Hari tu agak panas, jadi nak feeling-feeling angin (padahal kat dalam banyak couple jadi segan nak duduk sorang hihi)

Saya suka sangat interior kedai ni, cantik dan artistik

Kafe ni macam kafe biasa juga, order dan bayar dulu kemudian dia akan bagi buzzer tu.
Saya lama juga di kafe ni, melayan perasaan hari terakhir di Seoul.
Sebelum balik, bila tengok-tengok menu sekali lagi, ternampak "Watermelon Fondant" kat bawah ni... Sangat menggoda dan menambahkan azam saya untuk repeat kafe ni :D

Mu tunggu ku datang!

You Might Also Like

2 comments

  1. fuhh, sangat mencengkam jiwa tgk semuanya kay...mampu dgn tidak je nak makan ne hehehe...

    oh ya, kay pernah dengar atau pernah sampai sorae ecology park tak? tgk pic john stella, giler cun tempat ne...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah!! kalau ikut nafsu memang semua nak sumbat, tapi dgn umur yang meningkat ni tak mampu nak makan semua >.<

      pernah dengar, tapi tak pernah sampai hihi sebab macam susah dan kurang feeling kalau pergi solo. siapakah john stella? saya tak kenal ;_;

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~