[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Garosu-gil - LINE Official Store

11:31


Selepas kenyang makan gimbap di sini, saya bergerak ke Garosu-gil.
Kalau dari Apgujeong Station (Line 3) tu, satu station je kalau naik train. Boleh juga naik bas, tapi demi mengurangkan kesendatan perut, saya decide untuk jalan :)
Jalan pon tak jauh, dalam 20 minit je dan tak ada belok-belok, confirm tak sesat. Just ikut je sepanjang jalan besar macam map bawah ni.

Apgujeong to Garosu-gil

Jom start jalan!
Saya suka jalan-jalan area sini, ramai orang sebab seberang tu ada Hyundai Apartment, juga sebab sekeliling tu banyak pokok-pokok rendang. Kalau masa autumn, mesti cantik semua kuning je. Kalau winter, selalu ada illumination dekat sini, gantung lampu-lampu dekat pokok-pokok ni. Cantik!


Gangnam Bus Tour
Suka bas dia, klasik betul!

Route yang agak menarik kalau nak cover belah Gangnam

Tapi harga ticketnya mahal la, KRW12,000 untuk sehari.
Kalau pusing naik bas + subway tak akan sampai banyak tu... 

Bila nampak Mango ni, belok kiri dan makanya dah sampai Garosugil.

Garosu = tree line, gil = jalan

Main street Garosu-gil, pagi-pagi ni memang tak ada orang.
Kedai pon banyak bukak pukul 11.00 onwards so janganlah datang awal sangat

Disebabkan tak ramai orang, apparently ramai artis datang shopping pagi-pagi.
Dari van hitam tu, baru je keluar seorang perempuan yang slim macam model.
Saya rasa pelakon... tapi tak tau siapa (juga malas nak kejar ambil gambar dia)

Garosu-gil ni dulu banyak boutique dan cafe cute, tapi kebelakangan ni banyak kedai kosmetik juga...
Buat rasa macam Garosu-gil ni hilang identiti dia sikitlah pada saya.

Skin Food Flagstore pon bakal buka (Dah buka rasanya sekarang).
Seberang jalan ni ada Sum'37 

Peta area Garosu-gil

Rupanya ada 5 jalan utama dekat Garosu-gil ni
Saya recommend masuk Serosu-gil & Narosu-gil tu, banyak kafe dan kedai baju yang affordable

Oh, Garosu-gil juga selalu jadi location penggambaran
Ni pon saya malas nak menyibuk dan tengok siapa pelakonnya

Salah satu kedai saya suka pergi- 5 dollars
Stokin kat sini satu 1,000 won, sama je dengan stall dekat Myeongdong tapi kualiti dia bagus.
Saya memang suka shopping, tapi saya lagi suka shopping yang berbaloi, bukan nak muraaah je memanjang

Lepas dah shopping sikit-sikit dekat lorong-lorong belakang, saya patah balik ke main road dan ke LINE official store. Saya lagi suka pakai LINE daripada Whatsapp (WA) sebab tak perlu share nombor phone.

Agh, dah boleh bayangkan damage pada wallet... sabar-sabar!

Patung Brown yang besaaaaaaaaaaaaaar ni. Teringat kegebuan dia *_*

Macam-macam goodies ada, tapi harga dia agak mahal la.
Standard macam harga goodies Disneyland 

Cony dekat tangga yang cute... gah! 

Ada cafe juga dekat tingkat bawah, harga makanan not bad, macam cafe biasa je
Saya still kenyang masa ni so tak adalah teruja rasa nak try

Dari LINE store tadi, saya jalan depan sikit dan masuk satu lorong kecil dan ke 3CE flagship store.
3CE ni stands for 3 Concept Eyes, brand make-up bawah Stylenanda (stylenanda ni pula adalah antara online retail yang famous dekat Korea, banyak baju hipster yang berpatutan)/ 3CE ni agak big hype juga masa mula-mula launch dulu so saya nak tengok apa yang bagus sangat kan.

Pada saya, make-up 3CE ni overpriced la, tak ada yang special dan saya boleh beli Dior or YSL makeup yang better quality dengan harga sama. So, saya rasa saya akan stick dengan Aritaum ke Missha ke Tony Moly for make-up.


Tapi, saya suka store dia ni, nice concept ala cinema gitu.
Luas dan banyak ruang boleh duduk try make-up dia.

Selepas kecewa dengan 3CE, saya patah balik ke jalan besar dan naik bas ke Myeongdong.


You Might Also Like

6 comments

  1. Suka konsep shopping utk benda yg berbaloi tu.. tempat pulak jauh kan. Bukan boleh pegi selalu. Diharapkan apa yg dibeli thn lama sesuai dgn harga. Nway rasa mcm ada tgk line store tu dlm 1 variety show bebaru ni..sbb patung brown tu. Mungkin ye mungkin x.mungkin kat branch lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau tanya saya, semua berbaloi je :D Patung Brown tu banyak kot, saya mula ingat kat sini je ada, tapi lepas tu nampak macam ada dekat lain juga. Memang gebu bangat, rasa nak peluk tak nak lepas hihi

      Delete
  2. kiranya di Garosu-gil byk jual barang makeup n produk for skin eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga kafe & restoran hipster kak JM, cute-cute kedainya tapi harganyalah tak berapa nak cute sangat. 2, 3 menjak ni je byk kedai make-up & skincare.

      Delete
  3. best giler tempat ne kay...nak je saya selit dalam iti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Zilla, dia tak crowded macam Myeongdong.
      Tapi kalau Zilla tak sempat ke sini. saya suggest singgah Hannamdong- sebelah Itaewon. Pon banyak kafe & kedai macam ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~