[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Tax Refund di Incheon Airport

05:30


Saya memang suka shopping di Seoul, sebab utamanya adalah saya rasa Seoul banyak barang yang cost perfomance dia bagus compare dengan KL. Juga sebab Seoul ada tax refund system yang bagus dan nilai minimum untuk melayakkan kita buat tax refund juga rendah, iaitu KRW30,000.

Tax refund dekat Seoul ni boleh buat sama ada di downtown (Myeongdong) atau di airport, tapi saya lagi suka buat di airport sebab saya rasa leceh nak buat di downtown. Dahlah kena tunjuk credit card, kena jumpa officer lagi sekali di airport walaupon dah buat tax refund di downtown. Jadi saya lagi suka buat sekali harung je di airport.

Jadi saya share cara saya buat tax refund. Lain orang lain caranya kan, tapi harapnya bolehlah membantu sesiapa yang pertama kali nak buat tax refund ni.


1. SHOPPING DI KEDAI YANG ADA TAX FREE SIGN

Sebelum nak buat tax refund, mestilah kena spend duit dulu kan. Tak semua kedai di Seoul offer tax refund ni, hanya kedai yang berdaftar sahaja boleh. Konsep dia sama dengan company yang register GST dekat Malaysia ni. Btw, tax dekat South Korea ni nama tax dia VAT (Value Added Tax).

Jadi sebelum shopping, check kedai tu ada sign tax free macam kat bawah ni. Selalunya akan ditampal di luar kedai, kalau tak ada tampal rajinkan bertanya boleh buat tax refund tak. Tapi janganlah tanya ahjumma yang jual dekat stall-stall dekat Nandaemun tu, sah-sahlah diorang tak register VAT. Certain kedai kat tepi-tepi dan dalam bangunan tu ada, tapi kadang-kadang tak ada tampal sign so silalah rajin bertanya.


Ada 3 companies yang buat tax refund ni - Global Blue, Orange Global & kt tourist reward.
Yang biru dan oren tu paling banyak companies bawah dia


Dah masuk kedai, sila pastikan shopping lebih KRW30,000 (termasuk VAT) untuk melayakkan buat tax refund. 
Standard VAT di South Korea adalah pada 10% (GST kita 6% kan), kecuali barang kemas adalah pada 20%, tapi kita tak akan dapat full 10% (or 20%) tu balik. Jumlah tax refund pula bergantung pada amount yang kita spend. Saya dah lupa actual rate dia, tapi boleh kira dekat sini : kt tax refund calculator 

Selepas bayar, pastikan minta resit dan Tax Free Form. Tak ada "Tax Free Form" ni, tak boleh buat tax refund so sila minta dengan cashier sebelum keluar dari kedai. "Tax Free Form" ni format dia beza-beza ikut kedai, tapi dia mesti ada barcode dekat atas macam form saya dalam gambar bawah ni.

Dekat bawah "Tax Free Form" ni akan ada tempat kita isi details kita macam nama ikut passport, passport no, nationality dll (again, depends on the shop form format). Isilah form ini dekat hotel siap-siap, janganlah sampai airport baru nak gelabah cari pen dan isi. Kalau buat macam ni depan saya memang nak kena pelangkung!


Contoh "Tax Free Form"


2. DECLARE DAN DAPATKAN CUSTOMS STAMP DI AIRPORT (SEBELUM CHECK-IN & DROP LUGGAGE)

Dah sampai airport, sila proceed ke Tax Refund Kiosks macam kat bawah ni. Incheon Aiport ada 2 kiosk macam ni, tapi saya selalu pergi yang depan Kaunter D. Beratur dan bila dah sampai giliran, tunjuk passport, tax free form dan e-ticket (*selalunya dia tak mintak pon e-ticket tapi just sediakan je lah). Custom staff akan scan dan stamp tax free form tu. Make sure dapatkan customs stamp dekat tax free form ni tau! No stamp, no tax refund.


Kiosk for tax free stamp di Incheon Airport

Dah dapat stamp, sila proceed ke declaration kaunter (macam gambar bawah ni). Kaunter ni untuk officer dia check barang yang kita claim tax refund tu kita betul-betul bawa keluar dari negara dia. Jadi, masa packing tu, seeloknya letak barang yang nak claim tax refund ni tempat yang senang nak keluarkan / senang nampak.

(Pengalaman saya, kalau saya bawak luggage kecil size carry on, saya tak pernah kena buka lagi walaupun total amount saya besar. Bila saya bawak luggage besar, memang selalu kena buka tunjuk dekat dia.)


Declaration Counter


Dah settle check luggage, bolehlah proceed ke airline counter untuk check-in dan drop luggage.


3. CLAIM BACK YOUR MONEY (AFTER CHECK-IN & IMMIGRATION CHECK)

Selepas immigration check dan sebelum gerak ke gate flight, pergi refund counters dekat gate 27 or 28. Scan tax free form yang dah distamp tadi dan tada! akan dapat duit balik!

Gate 28 ada kaunter asing-asing untuk Global Blue dan Orange Global Tax Free, so kena beratur 2 kali. kalau ada refund dengan dua-dua company. Tapi masa saya pergi bulan Nov 2015, dah ada refund kiosk yang boleh scan dua-dua company dan boleh dapat duit on the spot.
** Refund kiosk ni hanya untuk refund KRW50,000 ke bawah.


Refund counters

Refund kiosks. Sangat cepat!

Total refund saya kali ni adalah KRW7,000.
Rasa macam sikit kan, tapi dengan KRW7,000 ni saya boleh beli 2 shrimp burger Lotteria or 1 lipstick dekat Etude House,
atau makan lunch mewah dekat KL ni


My humble tips untuk buat tax refund dan shopping di Seoul:-

1. Sila pergi airport awal, at least 4 jam sebelum. 
Kalau saya memang plan nak buat tax refund, saya akan ambil flight petang sebab kalau flight pagi memang tak akan sempat. Boleh je buat by post kalau tak sempat, tapi dia akan refund ke credit card.

2. Sila rancang nak beli apa dan di mana
Saya selalu ada list barang saya nak beli (shopping list saya selalunya lagi lengkap dari itinerary saya hehe) dan saya akan study sama ada lagi murah beli dekat kedai biasa dan claim tax refund atau beli dekat duty free shop.

Lepas dah decide beli kedai mana, saya akan check pula sama ada saya boleh tak shopping sampai KRW30,000 dekat satu kedai tu. Kalau tak, saya akan cari ada tak kedai yang boleh campur brand dan issue dalam satu receipt atau saya akan cari alternative barang yang saya nak tu dekat brand lain.

Contohnya, saya nak beli lipstick + maskara dari Innisfree, eyeshadow dari MISSHA. Total barang dekat each kedai tak sampai KRW30,000 so saya akan survey dekat department stores sama ada saya boleh beli 2 brand ni dalam satu receipt.

Atau, saya akan survey ada tak eyeshadow dekat Innisfree yang sama function dengan eyeshadow MISSHA yang saya nak tu dan cuba maximisekan purchase saya dekat Innisfree untuk dapatkan tax refund.

3. Sila bawa cash secukupnya
Saya dah pernah shopping dengan credit card, debit card dan cash, dan pada saya cash is the best. Walaupun dengan credit card/debit card boleh collect points, exchange rate bank saya sangat tinggi compare to market rate so lepas tolak tambah, saya boleh save better dengan cash.

Kalau bayar dengan credit card, dia akan selalunya tax refund balik ke credit card dan ambil masa 2 -3 bulan untuk keluar dalam statement credit card.

4. Sila jujur dengan diri sendiri
Kalau memang jenis suka membeli di Malaysia, saya berani jamin akan terbeli juga di Seoul walaupon beria cakap tak nak shopping. Saya pernah tengok family, kawan, laki bini gaduh di Myeongdong sebab shopping ni, jadi silalah jujur dengan diri sendiri. Buatlah budget dan stick to it. Jangan goyah dan jangan terpengaruh dengan orang lain.

Bila jujur dengan diri sendiri, boleh buat planning awal nak beli apa, boleh buat tax refund ke tak.


Saya memang suka shopping, tapi saya lagi suka process planning untuk shopping ni sebenarnya. Rasa puas sangat kalau lepas balik tu, saya kira-kira balik dan tengok berapa banyak saya dapat save :) Shopping itu tak salah, tapi berpada-padalah (peringatan pada diri sendiri!)


You Might Also Like

8 comments

  1. saya baru tau pasal tax refund ni... shopping bagai nak rak kat Seoul tapi tatau pasal ni hewhehe... thanx... berguna utk masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya ramai yang tak tahu ya... saya ingatkan semua orang tahu, kalau tak dah lama saya buat entry ni.
      oh, dah ada plan nak ke Seoul lagi ya :) have fun dan jangan lupa buat tax refund tau!

      Delete
  2. Sila jujur dengan diri sendiri... He He He... Sejujurnya... SS dah jarang soping kat Malaysia... Simpan dan tuko jumlah duit kita nak soping kat Malaysia tu then bawak pegi oversea... Sekarangnya RM 100.00 apa aje laa yg dpt kalu kat Malaysia ni... Kalu tuko duit tu ke negara lain may be macam2 boleh dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita SS, saya rasa benda yang saya beli dekat Malaysia ni hanyalah makanan je kot. Duit kita dah kecil nilai dia kan, RM100.00 tu sekelip mata je dah habis.

      Delete
  3. hari tu ada gak nak refund tapi resit tah la letak mana ehehe..
    kalo refund ada gakla 10K ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa awat tak simpan elok-elok resit tu... Tak apa, lain kali ke Korea simpan resit dan buatlah tax refund.

      Delete
  4. Saya baru teringat utk minta resit tax refund dari 2 kedai je dalam banyak2 kedai yang saya dah pegi. Kalo kedai2 yg saya tak minta resit tax refund tu mcm mana eh? Amount sume lebih krw30,000.00. Kira burn or boleh pegi kedai tu minta semula resit utk tax refund or kita boleh masukkan jugak dlm form orange n biru even tanpa resit tax refund tu? Please advise. Tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, kalau yang tak minta resit tu dah tak boleh buat apa rasanya, unless awak pergi balik kedai tu dan minta resit lagi sekali. Sebab memang kena ada resit original masa nak claim dekat airport tu. Cuba check balik dlm plastik barang, kot-kot ada terselit resit ke.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~