[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Hanjeongsik in Han Moe Chon, Anguk & Sepetang di Myeongdong
06:15
29 Jan 2015 - Hari kelima di Seoul
Selepas balik Subuh dari hotel senpai saya, saya baring-baring sekejap.
Yalah, janji dengan diorang pukul 9 so banyak masa lagi kan. Baring sekejap je lagipon kan. Kan...
Erm, tapi bila dah baring tu, ditambah pula dengan kepenatan 2, 3 hari ni, memang sah-sahla tertidur kan. Saya tersedar bila phone saya vibrate sebab ada LINE dari senpai saya. Tengok jam, dah pukul 9.30.
Wallaweh! Terus bersiap macam lipas kudung dan bermaraton lagi sekali ke Myeongdong.
Nasib baik hotel saya seberang jalan je dengan Myeongdong.
Sampai lobi, tengok ada senpai SN dan senpai RO je. Rupa-rupanya senpai AI tak nak bangun jadi kami sarapan bertiga jelah. Sebab semuanya masih separa mamai, kami ke kafe sebelah hotel je. Saya suka kafe ni, antara kafe yang luas dekat Myeongdong dan kopi dia tak secair kafe lain.
Pandangan luar kafe. Masih hiasan Krismas. |
Masa ni tak ramai orang pon dekat kafe ni, mungkin sebab hari bekerja |
Kafe ni 2 tingkat, bahagian atas lagi luas dan selesa |
Saya makan cheese toast + telur + latte. Set ni dalam 7,000KRW kalau tak silap |
Lepas dah siap sarapan, kami patah balik hotel untuk pick-up senpai AI.
Kali ni saya tunggu kat lobi je bertemankan dua oppa kat bawah ni *0*
Walaupun saya ni peminat Jaejoong, saya selalu rasa Changmin lagi kacak... |
Masa ni agak drama sebab ahjusshi taxi tu tak familiar sangat dengan area tu. Beria kami tunjuk alamat semua, tapi dia salah drop kami kat Samcheongdong.
Samcheongdong dengan Anguk memang dekat, tapi kalau salah jalan memang jadi jauh.
Lepas pusing-pusing, akhirnya kami berjaya sampai ke kedai lunch hari ni- Han Moe Chon.
Han Moe Chon
Han Moe Chon ni kedai Traditional Korean Full Course Set Meal (Hanjeongshik).
Nak ke sini, keluar Exit 2 Anguk Station (Line 3) dan jalan terus sampai nampak kedai ni di belah kanan.
Kedai ni tersorok ke dalam sikit tapi still boleh nampak dari tepi jalan.
WARNING: Kedai ini ada serve daging itik, so status dia adalah pork-free sahaja.
Map ke Han Moe Chon |
Masa kami sampai ni dah dekat pukul 2. Risau juga kalau restoran ni tak nak terima sebab dekat website dia tulis last order pukul 1.30. Tapi lepas dia ternampak kami keletihan mencari, ajumma tu bagi masuk.
Bahagian pintu masuk kedai |
Bahagian luar kedai. Siap ada tong simpan kimchi. |
Kedai ni terletak dalam satu kawasan yang sangat klasik, original Hanok gitu.
Saya suka sangat design kedai ni, mulalah berangan nak rumah macam ni satu hari nanti.
Kami ambil vegetarian set menu @ 18,800KRW seorang (meal paling mahal saya pernah makan di Korea). Agak mahal tapi lepas tengok jumlah dishes yang dihidangkan, memang rasa berbaloi!
Mula-mula sampai 2 lauk ni |
Kemudian bertambah jadi ini |
Dan akhirnya jadi ini! |
Vienna Coffee- specialty cafe ni |
Myeongdong yang tetap meriah setiap malam |
Mint choco lagi sekali... |
6 comments
Best nya ada bekas rakan sekerja yg baik yg sporting boleh diajak berjalan2.. yg best sbb masih keep in touch. Sbb in my case, bila da terpisah sbb kerja..Tak kira dia tu kawan baik ke. Senior ke. Bila dah dengan keluarga masing2. Semua membawa diri. Asalnya boleh paham, diorang sibuk menguruskan family tapi lama2 saya yg bujang ni pun jadi sama2 sibuk (dan menyibukkan diri dgn keje huhu) so terus terputus hubungan.
ReplyDeleteHmm tp dlm kes korang ni.kalau sekarang pun korang leh travel sama2 so mesti ada next time kan. Hehe.
Alhamdulillah saya beruntung dapat senior yang baik hati macam ni. Saya ni tak ramai kawan jadi kawan yang ada tu memang rajin contact.
DeleteNext time? Hehe insyaAllah. Ni tengah tunggu diorang datang KL bulan depan. Cuak juga saya nak jadi tour guide, bukannya terer pon pasal KL ni. Gulp.
Droptop tu famous sebab ada few drama shoot kat sana. Tapi dah xingat drama apa. And yes, haritu borak ngan sorang kawan Korean dia memang ada suggest Gamoo ni. Tapi macam biasa, kalau dah malas nak search tu...lambat lagi lah akan sampai ke cafe tu. Nampak menarik ah cafe tu Kay. Paling saya suka, Hanjeongshik! Meriah kan makanan dia. Xpernah try lagi tapi selalu teruja kalau nampak kat gambar.
ReplyDeleteOh yeke, saya tak layan KDrama so memang tak tau kafe ni selalu keluar drama. Ini kena google ni hehe. Nak ke Gamoo ni senang je. Tau kan Primera yang ada kat main road Myeongdong tu? Masuk simpang kecik sebelah Primera ni, jalan dalam 10 langkah akan ada Gamoo ni kalau saya tak silap. Silalah pergi next time Bie, ala-ala klasik kafe camtu. Very nice!
DeleteSaya pon 1st time makan Hanjeongshik ni! Sangat excited tengok lauk dia, sampai tak muat meja. Dah terpergi sekali ni mulalah menggatal nak pergi lagi...
mmg berbaloi kalau bayar RM60 tu....boleh mkn utk 5-6 orng
ReplyDeleteMemang berbaloi kak JM. Tapi walaupun portion dia banyak boleh mkn ramai-ramai, still kena bayar per kepala.
Delete