[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Fukuoka Airport ~ Hakata Station & Kyushu Rail Pass
00:10
Saya sampai di Fukuoka dalam pukul 7.15 pagi, agak mamai dan perasan jetlag (padahal beza sejam je kot!). Saya tak check-in luggage pon jadi tak sampai 15 minit turun kapal dah clear immigration dan kastam. Terus jadi suka airport Fukuoka, sangat pantas dan tuntas.
Dah keluar kat Arrival Hall tu, terpaku dan dengan mamai yang tak hilang-hilang buat saya jadi blur sekejap. Orang pon tak ramai sangat masa ni buat saya makin lemau. Jadi saya duduk sekejap dekat bangku ambil nafas dan bawa bertenang. Sambil-sambil tu usha kawasan sekeliling.
Arrival Hall dekat airport Fukuoka ni adalah di Tingkat 1. Arrival Hall dia kecik je, ada information center, 1 ke 2 kedai souvenir dan konbini 7-E.
Baru tau Fukuoka ada catchphrase dia - Fantastic Fukuoka! |
Ada konbini 7-E dekat hujung Perasankah apa yang lain dengan 7-E ni? Papan kedai dia warna hitam putih, lain dengan standard 7-E yang biasa. |
Oh, kalau ke Jepun dan terdesak nak keluarkan duit guna ATM, saya recommend ke Post Office yang ada ATM Japan Post Bank atau ke 7-E. ATM dekat 2 tempat ni memang boleh cucuk kad bank luar negara. |
Fukuoka Airport ni tak ada JR Train, hanya subway jadi kalau nak naik bullet train, kena keluar ke Hakata Station dulu.
Nak ke Hakata Station dari Fukuoka Airport, kena naik subway dari Domestic Terminal. Kalau dari International Terminal ni boleh juga naik bas ke Hakata Station, tapi kalau naik bas tak boleh baca timing dia dan takut jammed, jadi saya prefer subway.
Dah betul-betulkan badan dan set radar, saya gerak cari shuttle bus untuk ke Domestic Terminal.
Rupanya dekat je dengan port saya duduk tadi, Kena keluar pintu sebelah Information Center dan akan ada signage tunjuk nak tunggu shuttle bus kat mana. Shuttle bus antara dua terminal ni free je tau.
Keluar pintu sebelah Infomation Center tadi. Selain dari shuttle bus, juga ada city bus dan highway bus. Kalau tak ada plan nak naik shinkansen, saya rasa lagi senang naik bas terus. |
Sunrise di hari pertama :D |
Dalam shuttle bus ni tak lama, tak sampai 15 minit pon dah sampai Domestic Terminal.
Warna merah tu adalah route shuttle bus. |
Nak naik subway, kena turun ke bawah. Signage dekat Domestic Terminal ni pon banyak, insyaAllah takkan sesat. Station Fukuoka Airport ni adalah stesen terakhir, jadi tak perlu nak fikir nak ambik line arah mana.
Beli ticket dan jom ke Hakata! |
Fukuoka Airport -> Hakata Station (¥260, Subway Kuko Line), 6 mins
Airport Fukuoka dengan bandar Fukuoka ni dekat sangat sebenarnya, saya rasa antara yang terdekat kot di Jepun. Naik subway tak sampai sepuluh minit saya dah sampai di Hakata Station.
Hakata Station |
JR Kyushu Pass ni ada 2 jenis:- All Kyushu Pass & Northern Kyushu Area Pass. Perbezaan antara 2 pass ni boleh refer page JR Kyushu di sini :- Kyushu Rail Pass. Saya ambil All Kyushu Pass 5 days (¥18,000) dengan harga MYR 635 *masa saya pergi ni rate adalah 0.0365 rasanya.
Office JR di Hakata Station |
Dekat office JR ni, ada kaunter khas untuk pengguna passes. Kena tunjuk exchange order yang travel agent kasi berserta passport untuk tukar pass. Selepas tukar, dia akan bagi pass untuk kita guna, macam dalam booklet kat bawah ni.
Yay dah dapat pass. Sila jangan hilangkan booklet ni, sebab pass ni once redeemed, dah tak boleh refund. |
Kali ni sebab saya plan nak naik beberapa limited train, saya book siap-siap masa tukar pass ni.
Train yang saya nak naik kebanyakkannya ada timing dia dan mesti reserved seat, risau juga kalau sold-out lebih-lebih lagi masa saya pergi ni Jepun tengah sibuk nak cuti akhir tahun.
Jadi saya dengan gigihnya buat Plan A dan Plan B, kot-kot tak dapat train yang saya nak tu. Tapi Alhamdulillah saya dapat book semua train yang saya plan nak naik :D
List train saya... First time semangat camni buat list! Saya check route dan nama train dekat website Hyperdia ni. |
Dah dapat tiket, saya terus pecut ke platform! Plan hari ni banyak, jadi kena gerak cepat-cepat!
Ke mana saya selepas ni akan kita sambung di next entry ya!
7 comments
Details! Bookmark entry ini... He He He...
ReplyDeleteSorry lambat reply SS! Tq and hopefully dapat membantu kalau-kalau ke Fukuoka :)
DeleteTq kay kerana berkongsi info best dan penting.. bila masuk laman web h.i.s travel tu saya nampak juga pass ke takayama. Sbnrnya ni antara rajin dgn malas..bersungguh dgn tidak nak sempurnakan cita2 ke situ huhu. Tak tau skrg kena virus apa jadi malas nk study.
ReplyDeleteNo problem, benda baik harus dishare :D
DeleteOoooh ada plan nak ke Takayama ya? Biasalah, saya pon ada angin malas, tapi bila angin rajin datang nanti sampai tak tidur study!
Iya.. hida no sato & shirakawa go sentiasa dlm ingatan. Dr trip pertama ke jepun thn lepas da pasang angan2 walaupun tau dlm trip tu x mungkin dapat pegi.. tapi kan tapi kan mahalnya lahh skrg duit yen..sungguh membunuh rasa nak ke jepun. Dan korea juga.huhuhu mencik
DeleteKalau dah teringat-ingat tu dah jatuh wajib pergi Didi :D Saya pon stress tengok yen dgn won, apsal naik banyak sangat. Dapat tiket murah pon sakit tang expenses dekat sana.
DeleteCasino in East Houston and Encore - KTM
ReplyDeleteThe casino is open 24/7, with room 남양주 출장안마 service and table 의정부 출장마사지 games, but only 남양주 출장안마 the hottest of the 진주 출장마사지 action. Casino Hotel. There are 3 울산광역 출장안마 bars and lounges