[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : ♪ Shinkansen Sakura ♪ Hakata ~ Kumamoto ~ Kagoshima Chuo

16:27


Dah dapat Kyushu Rail Pass dan ticket, saya terus bergerak ke platform untuk ke destinasi pertama saya, Kagoshima tapi on the way tu saya nak stop dekat Kumamoto sekejap.

Dari Hakata, Fukuoka ni ada banyak cara (train, bus, flight) nak ke Kagoshima, tapi yang terpantas adalah naik Shinkansen (bullet-train), dalam sejam setengah macam tu dah boleh sampai.
Ada 3 shinkansen yang beroperasi antara Hakata dan Kagoshima- Mizuho, Sakura dan Tsubame. Mizuho lagi cepat tapi frekuensi dia kurang. Tiket shinkansen antara 2 bandar ni dalam JPY10,000 camtu, jadi sangat berbaloi guna Kyushu Rail Pass (JPY18,000) kalau nak pusing naik train banyak kali.

Kalau guna Kyushu Rail Pass (juga applicable untuk semua Rail Pass dekat Jepun), kita tak boleh masuk automated gate,
kena lalu gate yang ada oficer sambil tunjuk pass kita.

Marilah kita cari platform berapa shinkansen kita pagi ni
Shinkansen saya adalah Sakura 451, waktu berlepas 8:57 dari platform 16.
Ada dalam 25 minit lagi jadi saya pergi konbini dulu
Dah siap beli sarapan, saya naik ke platform.
Ada shinkansen lain tengah tunggu nak berlepas, saya ingat-ingat lupa tapi rasanya Hikari ynag nak patah balik ke Shin-Osaka.

Tahukah anda bahawa shinkansen ni ada banyak series?
Series pertama adalah 0, yang pertama kali digukanakan masa Tokyo Olympic 1964.
Latest series adalah N700a dan N800.

Cara paling senang untuk bezakan series shinkansen adalah tengok muncung, headlight dan body dia.
Yang muncung panjang dan ada strip hitam ni adalah dari N700 series milik JR West.

Oh! JR Kyushu ni ada train stewardess macam adik comel ni.
Suka tengok uniform dia, macam dalam manga.

Selepas Shinkansen Hikari tadi gerak, barulah shinkansen saya sampai.
Wee, excited gila masa ni, dah lama tak naik shinkansen! 

Shinkansen sakura yang saya bakal naik ni pon N700 series.
Dah naik shinkansen, duduk dan settle down, terus lapar!
Minuman dalam botol ni adalah Oronamin C, ala2 Redbull tapi kafein dia tak kuat sangat.
Onigiri yang saya makan ni adalah "mentaiko".
Mentaiko ni adalah telur ikan yang dijeruk dalam cili, rasa dia pedas-pedas manis
dan famous di Hakata.

Salah satu kelebihan shinkansen N700 series adalah ada charger dalam train  dia :D

Seating dalam Shinkansen Sakura, ordinary class.
Seating dia 2-3 dan ada ruang yang luas antara seats.
Senang nak berlunjur kaki hehe

Train yang saya naik ni tak ramai pon orang, masa ni lagi 2 hari sebelum cuti panjang Jepun start.
Boleh tukar-tukar seat dengan sukahatinya :D

Naik Sakura ni boleh sampai Kagoshima terus, tapi saya nak singgah Kumamoto sekejap untuk beli tiket ke Takachiho hari ketiga nanti. Tak banyak bas ke Takachiho, ditambah pula hari yang saya nak pergi nanti adalah hari Sabtu jadi saya memang plan nak beli tiket awal.


Kaunter bas di depan Kumamoto Station.
Saya akan cerita details pasal tiket bas ni dalam entry Takachiho nanti ya!

Dah lega dapat tiket ke Takachiho, saya naik next Sakura train dan sampai di Kagoshima-chuo station dalam pukul 11 pagi jadi saya ke hotel dulu untuk letak barang sebelum gerak naik train untuk ke Ibusuki pula.

Kagoshima-chuo Station yang moden dan baru


You Might Also Like

4 comments

  1. Kay. Sungguh lancar perjalanan someone yg pernah tinggal di jepun ini hehehe. Jika saya yg ada dalam cerita tu mesti ada punya adegan kesesatan dan kekeliruan hehehehe. Sungguh seronok baca pengalaman yg lancar mcm ni. Rasa mcm ikut sekali naik shinkansen itu ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha awal-awal ni memang lancar, tunggu hari ke-3 ke-4 nanti tengoklah saya melalut sebab dah penat. Trip kali ni banyak naik train best selain shinkansen, sila feeling2 naik sama2 ya!

      Delete
  2. Assalamualaikum Kay, saya baru je follow travelog awak, sangat menarik, terasa seakan saya berada di tempat awak berada. Seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sue.
      Terima kasih sudi baca blog saya! InsyaAllah akan mula sambung tulis travelog lepas ni :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~