[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : ♪ Train Hitam Putih - Ibusuki no Tamatebako ♪ Kagoshima-Chuo ~ Ibusuki

15:00


Selepas letak barang di hotel, saya patah balik ke Kagoshima-Chuo station untuk naik first D&S (Design&Story) train saya dalam trip kali ni. Train dijadualkan gerak pukul 11:57, Jepun ni punctual jadi saya dah ada dekat platform 15 minit sebelum time train berlepas.
Masa ni excited tak payah cakaplah, first time nak naik train comel2 ni :D

Nak masuk platform, kena tunjuk Kyushu Rail Pass dan juga tiket reservation kalau ada.

Separate tiket untuk Reserved seat dalam Ibusuki no Tamatebako train  
Sekali bila sampai platform, tengok ada train lain yang tengah menunggu untuk gerak.
Double excited sebab kali ni saya tak dapat naik train ni.

Train yang design macho ala Kesatria Baja Hitam ni adalah train "Kirishima".
Dari series 787 dan untuk train ni, route dia dari Kagoshima-chuo ke Miyazaki.
Miyazaki ni adalah salah satu wishlist saya juga...


Ibusuki no Tamatebako (Ibutama)

Sementara tunggu train sampai, mari saya share sikit pasal train Ibusuki no Tamatebako, atau nama manja dia Ibutama ni.

Mula dari nama dia dulu ya, Ibusuki tu adalah nama tempat dalam Kagoshima, antara tempat paling selatan di Jepun, Tamatebako pula maksud dia macam treasure box (**hmm, maksud dia kat sini lebih kepada kotak hadiah yang special habis!), jadi maksud penuh train ino adalah "treasure box Ibusuki".

Route train Ibutama (sila ignore typo saya untuk Kagoshima Chuo station tu)


Ibutama ni route dia adalah antara Kagoshima-chuo - Kiire - Ibusuki.
Train dia pendek je, ada 2 gerabak dan satu gerabak dalam 30 orang camtu so kiranya satu trip boleh muat sampai 60 orang. Sehari ada 3 trips per way dan train ni wajib reserved seat. Tak reserved, tak dapat naik tau. Tapi yang leceh untuk pengguna passes (JR Pass ke Kyushu Rail Pass ke) train hanya boleh direserve selepas tukar pass dekat Jepun jadi ada possibility train full dan tak boleh reserve. Menurut kata pekerja JR Kyushu yang saya sempat borak, train ni selalunya tak penuh kecuali time cuti-cuti panjang Jepun (Golden Week- early May, Obon- mid Aug, Silver Week- mid Sep, Year End-New Year- around Dec26-Jan2)

Untuk timetable Ibutama, boleh refer official page JR Kyushu ni : Ibusuki no Tamatebako.
Timetable dia mungkin berubah jadi better refer page JR terus.

Selepas bye-bye Kirishima tadi, saya gerak ke platform Ibutama.
Dekat platform, terutamanya kalau yang banyak train dengan pelbagai length macam Kagoshima-chuo ni,
dia akan ada plat untuk kita tunggu train pada gerabak yang betul.

Akhirnya! Ibutama dah sampai!
Memang comel, tapi pada masa yang sama sangat klasik!
Lagi satu keistimewaan train ni adalah cat dia dwiwarna - sebelah hitam dan sebelah lagi putih.
Kan nama dia treasure box, jadi design badan train pon penuh dengan gambar kotak hadiah :D
Interior train untuk Car 2 :
Tema untuk area ni adalah library - cantik kan? Siap ada buku-buku lagi.
Buku-bukunya kebanyakan adalah buku bergambar dan pasal Ibusuki.

Ada area untuk kids dan infant juga :D

Masih lagi dalam Car 2.
Ada seat yang menghadap laut macam ni
Kebetulan masa saya pergi ni time Krismas, jadi banyak hiasan berkaitan.

Saya dapat seat yang kurang best, tak menghadap tingkat >.<
Jadi, lepas je train jalan, saya tak duduk seat saya dan jalan-jalan dalam train.


Seat sebelah saya kosong tak ada orang.
Saya suka gila fabric kerusi ni... Kaler pon lawa, kalau jumpa orang jual
memang saya nak beli buat baju raya!
Sempat juga jengah Car 1. Design dia lain sikit dari Car 2 dan tema dia pon berbeza.
Car 1 lagi ramai orang dari Car 2 jadi saya tak lepak lama. Balik Car 2, makan & minum sekejap.
Lepas tu saya berdiri dekat tingkap sebab pemandangan kat luar pon sangat cantik sebab dah start lalu tepi laut.

Ada sudut bergambar (tapi seat ni sebenarnya untuk disabled person)
Ramai orang dekat satu side lagi jadi saya tak dapat nak ambil gambar beria sangat.
Dah masuk kawasan tepi laut :D
Lama saya berdiri di sini sebenarnya, melayan perasaan sambil tengok laut yang cantik.
Walaupun tengah-tengah winter, cuaca sangat baik dan langit biru sebirunya.

Lalu juga di tepi-tepi rumah orang.
Kadang-kadang ada juga penduduk setempat yang keluar lambai-lambai tangan.

Excited nampak bunga kuning belah kiri tu.
Dalam train tu warm je walaupun winter, jadi bila nampak bunga-bunga tu rasa macam spring pon ada.
Dah penat berdiri, saya siap duduk atas tangga.
Bila officer datang, menggelabah bangun sekejap tapi dia tak marah pon.
Siap dia offer nak ambilkan gambar saya pula. 

Ni dah masuk Ibusuki.
Ada ladang apa ntah. cantik bunga dia warna kuning.

Sebelah ladang tu ada Pejabat Daerah Ibusuki dan kalau naik train ni hari weekdays,
diorang akan keluar dan lambai dekat kita :D
Akhirnya perjalanan selama 50 minit naik Ibutama ni tamat.
Rasa nak patah balik naik, tak puas tapi memandangkan ada agenda yang menanti, mari kita meneruskan perjalanan.


Tapi sebelum tu mari bergambar dengan train stewardess yang comel ni

The white side of the train...
Saya lagi suka belah hitam, nampak retro gittew kan!

Bye-bye Ibutama! 

Nota keretapi saya :-

Salah satu wishlist travel saya : Cruise Train Seven Stars (Website)
Tapi harga tiket je pon lagi mahal dari ticket flight sobs!



You Might Also Like

2 comments

  1. Uniknya ibutama tu. Unik dan klasik. Jepun mmg sgt kreatif kan bab2 pelancongan ni. Bab train aje dah buat saya terkagum kagum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik kan?! Kalau ada peluang ke Jepun lagi, saya sangat recommend cuba naik2 train comel macam ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~