Sebenarnya dah seminggu kot saya rindukan Seoul.
Mungkin emosi tengah tak stabil sebab Jaejoong masuk army semalam.
Last week saya hampir terbeli tiket ke Seoul untuk weekend tapi lepas riki-riki tiket konsert Jaejong, dengan ringgit yang merudumnya, harga tiket konsert memang di luar budget saya sobs Boleh je nak ke Seoul, tapi saya rasa saya akan lebih meroyan kalau ke Seoul tapi tak dapat jumpa Jaejoong...
Demi melepaskan gian nak ke Seoul, dua hari berturut-turut saya ke Tous Le Jours.
Tous le Jours ni salah satu kafe Korea yang masuk Malaysia 2, 3 tahun ni.
Semalam lunch sambil melayan perasaan sambil tengok twitter yang update pasal Jaejoong.
Hari ini lepas lunch, pergi beli kek harijadi untuk team leader saya. Rasanya seminggu ni muka saya je kot menerjah Tous Le Jours ni.
![]() |
| Tengah ada promotion roti dibuat dari cheese |
![]() |
| Inikah Kim Tan yang famous tu? |
![]() |
| Roti-roti yang gebu dan sedap (tapi harganya juga agak mahal) |
![]() |
| Pilihan kek dia pon banyak, tapi so far saya lagi suka buns dia la |
![]() |
![]() |
Interior design TLJ ni pon ala-ala kafe dia kat Seoul la, memadai untuk saya melepaskan gian.
Oh, hari ini 1 April kan. Genap setahun saya kerja Malaysia balik. Dah dapat emel suruh bersedia sebab dalam 2, 3 hari ini akan dipanggil boss besar masuk mengadap. Cuak juga memikirkan apakah yang akan disoal.
Tahun ini juga genap 10 tahun saya jadi fan Jaejoong. 10 tahun ni, rasanya sekejap sangat... Jadi apalah sangat setakat tunggu Jaejoong balik dari army selama 2 tahun kan? (Ayat pujuk diri sendiri)







