2015.01 seoul & tokyo
[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Hanjeongsik in Han Moe Chon, Anguk & Sepetang di Myeongdong
06:1529 Jan 2015 - Hari kelima di Seoul
Selepas balik Subuh dari hotel senpai saya, saya baring-baring sekejap.
Yalah, janji dengan diorang pukul 9 so banyak masa lagi kan. Baring sekejap je lagipon kan. Kan...
Erm, tapi bila dah baring tu, ditambah pula dengan kepenatan 2, 3 hari ni, memang sah-sahla tertidur kan. Saya tersedar bila phone saya vibrate sebab ada LINE dari senpai saya. Tengok jam, dah pukul 9.30.
Wallaweh! Terus bersiap macam lipas kudung dan bermaraton lagi sekali ke Myeongdong.
Nasib baik hotel saya seberang jalan je dengan Myeongdong.
Sampai lobi, tengok ada senpai SN dan senpai RO je. Rupa-rupanya senpai AI tak nak bangun jadi kami sarapan bertiga jelah. Sebab semuanya masih separa mamai, kami ke kafe sebelah hotel je. Saya suka kafe ni, antara kafe yang luas dekat Myeongdong dan kopi dia tak secair kafe lain.
Pandangan luar kafe. Masih hiasan Krismas. |
Masa ni tak ramai orang pon dekat kafe ni, mungkin sebab hari bekerja |
Kafe ni 2 tingkat, bahagian atas lagi luas dan selesa |
Saya makan cheese toast + telur + latte. Set ni dalam 7,000KRW kalau tak silap |
Lepas dah siap sarapan, kami patah balik hotel untuk pick-up senpai AI.
Kali ni saya tunggu kat lobi je bertemankan dua oppa kat bawah ni *0*
Walaupun saya ni peminat Jaejoong, saya selalu rasa Changmin lagi kacak... |
Masa ni agak drama sebab ahjusshi taxi tu tak familiar sangat dengan area tu. Beria kami tunjuk alamat semua, tapi dia salah drop kami kat Samcheongdong.
Samcheongdong dengan Anguk memang dekat, tapi kalau salah jalan memang jadi jauh.
Lepas pusing-pusing, akhirnya kami berjaya sampai ke kedai lunch hari ni- Han Moe Chon.
Han Moe Chon
Han Moe Chon ni kedai Traditional Korean Full Course Set Meal (Hanjeongshik).
Nak ke sini, keluar Exit 2 Anguk Station (Line 3) dan jalan terus sampai nampak kedai ni di belah kanan.
Kedai ni tersorok ke dalam sikit tapi still boleh nampak dari tepi jalan.
WARNING: Kedai ini ada serve daging itik, so status dia adalah pork-free sahaja.
Map ke Han Moe Chon |
Masa kami sampai ni dah dekat pukul 2. Risau juga kalau restoran ni tak nak terima sebab dekat website dia tulis last order pukul 1.30. Tapi lepas dia ternampak kami keletihan mencari, ajumma tu bagi masuk.
Bahagian pintu masuk kedai |
Bahagian luar kedai. Siap ada tong simpan kimchi. |
Kedai ni terletak dalam satu kawasan yang sangat klasik, original Hanok gitu.
Saya suka sangat design kedai ni, mulalah berangan nak rumah macam ni satu hari nanti.
Kami ambil vegetarian set menu @ 18,800KRW seorang (meal paling mahal saya pernah makan di Korea). Agak mahal tapi lepas tengok jumlah dishes yang dihidangkan, memang rasa berbaloi!
Mula-mula sampai 2 lauk ni |
Kemudian bertambah jadi ini |
Dan akhirnya jadi ini! |
Agak lama lah juga kami kat restoran ni nak menghabiskan semua lauk pauk tu.
Memang semuanya sedap, berbaloi bayar dekat RM60 untuk meal ni.
Oh, kalau nak makan Korean full course meal ni, make sure pergi dengan group sebab kebanyakan restoran hanya akan serve full course ni dengan syarat minimum 2 orang makan.
Lepas siap makan, kami patah balik ke Myeongdong untuk shopping kali terakhir.
Keluar masuk keluar masuk kedai, semua dah penat balik. Kaki pon rasa macam nak patah sebab banyak jalan jadi kami ambil keputusan ke kafe lagi sekali (eh, bukan baru lepas lunch ke tadi?! hehe tak apa, dessert ada space lain dalam perut kan...)
Saya bawak senpai saya ni ke my most favorite cafe dekat Seoul ni- Gamoo.
Saya tengah malas nak lukis peta, tapi kafe ni dekat-dekat dengan kedai aksesori CtrlA dan juga kedai kosmetik Primera.
Kafe ni ala-ala vintage sikit, jap, saya rasa dia memang vintage. Kalau tak silap kafe ni buka tahun 1970-an lagi dan tak pernah tutup sejak itu.
Sejujurnya, saya suka ke sini untuk berfikir sambil layan perasaan. Kadang-kadang bila rasa serabut sangat dengan kerja, rasa nak terbang dan minum kopi dekat kafe ni. Pastu balik Malaysia balik. Over kan, macamlah kat Malaysia ni tak ada kafe kan.
Vienna Coffee- specialty cafe ni |
Sesudah berehat-rehat dekat Gamoo ni, senpai saya dah nak gerak ke Gimpo Airport untuk balik Jepun. Ah, masa ni memang rasa sebak sangat kena tinggal... (Padahal saya bukan datang dengan diorang pon kan...) Maka kami buatlah sesi peluk-peluk lagi depan hotel senpai saya.
Selepas berpisah dengan senior saya, saya pusing lagi sekali Myeongdong dan ke kafe Jaejoong, melayan perasaan di malam terakhir di Seoul untuk kali ini.
Myeongdong yang tetap meriah setiap malam |
Mint choco lagi sekali... |
Lama jugalah saya di kafe Jaejoong ni, sedar-sedar dah dekat pukul 9 malam. Takut juga nak balik malam-malam ke hotel jadi saya menonong je pecut balik hotel dan packing untuk esok.