Selepas 2, 3 hari balik ke Malaysia, saya call MAS untuk bertanya tentang luggage saya. Saya kan dah check-in dengan MAS dekat Kathmandu, tapi saya balik naik flight lain.
Nombor yang saya call boleh dapat dari sini:- MAS Lost/Delayed Baggage Centre
Asalnya saya hanya call nak tanya dekat mana saya boleh inquire pasal luggage, tapi staff yang cakap tu cakap boleh datang terus dan check sendiri sebab banyak sangat luggage sampai dari Kathmandu.
Pusat simpan lost/delayed luggage MAS ada dekat KLIA, dalam area tempat kita ambil check-in luggage. Area ni tak boleh masuk dari luar jadi kalau nak masuk perlukan pas keselamatan.
Pas keselamatan boleh diambil dekat kaunter pas keselamatan yang terletak sebelah food court Level 2.
Kaunter pas keselamatan KLIA |
Kena tunjukkan IC dan boarding pass sebagai bukti. Polis tu akan tanya beberapa soalan dan dia juga akan check boarding pass kita tu. Kalau dia puas hati, barulah kita akan diberikan pas keselamatan macam kat bawah ni dan mereka akan simpan IC kita sebagai cagaran.
Oh, lagi satu jangan main terjah je barisan tu macam saya. Bila saya nak pulangkan pas, baru saya perasan rupanya ada mesin nombor giliran belakang lift. Rasa bersalah gila main potong je barisan!
Inilah rupa pas keselamatan tu |
Dah dapat pass, saya naik ke Level 3 pula untuk ke arrival area. Walaupon dah ada pass ni, tak boleh masuk mana-mana pintu ikut suka hati kita. Ada designated entrance dia, dekat sebelah Burger King. Melilau jugalah mencari sebab dah lama tak datang KLIA kan.
Entrance untuk pemegang pas adalah sebelah burger king ni, kena jalan melepasi restoran ni dulu |
Inilah entrance masuk ke area luggage tu |
Sebelum masuk area luggage, beg saya kena scan dan body check. Lepas tu, kena jalan ke Kaunter K yang hujung sekali dan masuk ke MAS Lost/Delayed Luggage Center. Saya tak banyak ambil gambar dekat sini sebab ramai orang. Tunggu giliran dalam 15 minit dan akhirnya sampai giliran saya.
Lepas tunjukkan boarding pass saya dan jawab dua tiga soalan (apa warna beg, brand apa), staff tu bawa saya masuk dalam. Memang banyak luggage yang tak dituntut dan dari jauh saya dah nampak beg saya! Rasa nak sujud syukur kat situ je. Bukanlah ada barang berharga pon, tapi beg dan travel necessities yang saya selalu angkut memang ada dalam tu. Boleh beli baru je tapi nilai sentimental tu yang dalam.
Pintu masuk ke lost/delayed baggage center |
Dah lega dan gembira dapat balik luggage, saya gerak keluar dan pulangkan pas keselamatan. Masa nak keluar, lalu pintu keluar normal macam passengers, dah tak payah lalu pintu tadi. Lepas pulangkan pas, saya ambil bas ke KL Sentral dan ke B-Bap di Nu Sentral. Sedih tengok harga dah naik dan portion pon makin kecik lepas GST T_T Tapi sebab teringin sangat makan Korean food sejak dari Nepal lagi, pejam mata je la bayar...
Set ayam masak merah (sorry, saya lupa nama betul dia) - saya prefer rasa dekat B-bap dari Kyochon |