Trip terakhir untuk tahun 2015, saya ke Kyushu. Trip yang singkat, total 4 hari je dekat sana tapi saya rakus sumbat semua tempat yang saya nak pergi. Dah lama teringin nak ke Kyushu, dari zaman belajar sampailah zaman kerja tapi tak terpergi-pergi sebab di Jepun travel dalam negara lagi mahal dari travel ke oversea. Tiket flight ke Seoul selalu boleh dapat lagi murah dari tiket shinkansen ke Fukuoka, jadi selalu tangguh nak ke Kyushu sampailah dah balik Malaysia.
Trip ni sebenarnya hampir tak jadi, busy busy busy, juga 2, 3 minggu ni saya asyik tak sihat.
Tapi saya degil nak pergi juga, jadi memang kerja 7 hari seminggu dan 2, 3 hari sebelum cuti memang bertapa dekat office.
Itinerary pon siapkan masa tengah transit dekat Ho Chi Minh (wi-fi airport HCMC sangat laju!). Touch down je Fukuoka terus sihat :D Tak batuk sampailah masuk office pagi semalam (rasanya saya allergic office la hehe).
Sebelum saya melalut panjang lagi, meh saya share itinerary dan gambar ya!
Tapi sebelum tu, soalan yang selalu dapat adalah kenapa Kyushu?
Jawapan nakal saya adalah lelaki Kyushu ramai yang kacak dan sopan, jadi saya nak cari jodoh hehe!
Jawapan rajin saya adalah sebab saya nak menjejak sejarah Jepun. Kyushu ada banyak cerita, dari mitos Amaterasu, zaman samurai Satsuma, era Meiji Restoration hinggalah ke Perang Dunia ke-2.
Tempat-tempat yang saya cover kali ni |
Saya masuk Kyushu dari airport Fukuoka (FUK).
Dari FUK, saya ke Hakata station, tukar JR Kyushu Pass, book shinkansen & limited express trains.
Basically itinerary saya macam ni:-
Day 1 : Hakata - Kagoshima - Chiran Peace Museum & Samurai House - Kagoshima
Day 2 : Sakurajima - D&S Train - Kumamoto
Day 3 : Kumamoto - Takachiho Gorge - Kumamoto - Nagasaki
Day 4 : Gunkanjima - Peace Park - Hakata
Day 5 : FUK - KUL
Setiap kali saya tunjuk itinerary ni dekat boss-boss Jepun saya, rata-rata akan cakap biar benar nak cover semua ni. Saya pon tak yakin sebenarnya, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Pemandangan dari dalam Ibusuki no Tamatebako Train (Kagoshima-chuo -> Ibusuki) |
Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilot - ini adalah tempat yang saya paling nak pergi. Sampai sekarang teringat-ingat surat yang ditulis oleh kamikaze pilot Jepun ni sebelum misi diorang. |
Salah satu Japanese garden dalam rumah samurai di Chiran. Gambar saya hampeh sangat, sebab garden-garden dia semuanya cantik tau. |
Ke salah satu stesen kayu tertua di Jepun - Osumi-Yokogawa Station. Masih kukuh dan cantik |
Pemandangan dari dalam train dalam perjalanan dari Kagoshima ke Kumamoto |
Impression saya terhadap Gunkanjima ni berubah habis lepas dengar cerita tour guide tu. Pulau yang banyak meyimpan kisah kejayaan dan kejatuhan Jepun, juga kisah ketekunan orang Jepun. |
Nagasaki Peace Park adalah satu lagi wishlist saya. Tak puas pergi kali ni, ramai sangat orang. Tapi, apa yang sempat saya lihat dan rasa buat saya sangat tak suka pada peperangan. |
Oh, lagi satu sebab saya nak sangat ke Kyushu adalah sebab nak naik D&S train under JR Kyushu.
* D&S = Design & Story. Saya hanya dapat naik 1/3 kot dari semua D&S dekat Kyushu ni.
Ibusuki no Tamatebako aka IbuTama (Kagoshima-chuo - Ibusuki) |
Hayato no Kaze (Kagoshima-chuo - Yoshimatsu) |
Isaburo-Shinpei (Yoshimatsu - Hitoyoshi) & Kyushu Odan Tokkyu (Hitoyoshi - Kumamoto) |
Limited Express Kamome (Shin-Tosu - Nagasaki) |
Kagome (Nagasaki - Hakata) |
Saya akan slow-slow cerita pasal Kyushu trip ni ya!
Till then, 良いお年を ! < Yoi-otoshi wo! >
* Dalam budaya Jepun, "Yoi-otoshi wo" ni selalu kedengaran time-time year end ni. Diucapkan semasa kita jumpa orang tu untuk kali terakhir pada tahun tu. Tapi, phrase ni pakai time year end je, janganlah pula cakap pada bulan Ogos walaupon korang yakin takkan jumpa dah orang tu sampai tahun depan! Btw, maksud dia lebih kurang "wishing you a good year" la.