2015.06 south jeolla & seoul
[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon City Tour (Deep Rooted Tree Museum)
18:37Selepas lunch sekejap, saya gerak ke destinasi kami seterusnya:- Deep Rooted Tree Musem.
Deep Rooted Tree Museum
Muzium ni letak dia betul-betul sebelah Nagan Village ni.
Muzium ni terbahagi kepada 2:- satu bahagian dalam bangunan dan satu lagi hanok dekat luar.
Dalam muzium ni tersimpan collection oleh Han Chang-gi iaitu seorang editor yang dilahirkan di Suncheon. Saya tak sure semua collection tu milik Han Changi-gi ni ke tak sebab banyak artifak yang rare. Dalam muzium ni tak boleh ambil gambar jadi kami just pusing tengok-tengok je.
(Ada pekerja muzium yang ikut dan tolong explain, tapi dia cakap laju sangat so saya terus putus asa nak dengar.)
Lepas round dekat dalam, kami dibawa tengok hanok dekat luar pula.
Hanok dekat muzium ni adalah hanok tradisi yang ada 8 bahagian- ada main house, house untuk ibu bapa, house untuk warga tua, dapur etc (yang lain tu tak sure sangat sebab saya tak faham TG tu cakap apa orz Saya cuba google juga tapi tak banyak info pasal ni)
Sebelum masuk. Cuaca masih mendung |
Lepas keluar je dari muzium, cuaca dah elok sangat Alhamdulillah |
Masa lalu bawah pintu masuk ni, saya rasa macam ditranspot balik ke zaman dolu2 |
Tempat simpan kimchi dan soy sauce |
Salah satu houses dekat hanok ni. Mesti dah beratus-ratus tahun tapi still tahan sampai sekarang |
Kami dekat muzium ni tak lama, tak sampai sejam pon.
Dari kawasan Nagan dan Deep Rooted Tree Muesum ni kami naik bas lagi sekali ke destinasi terakhir dalam city tour Suncheon ni - Seonamsa Temple.