2015.12 kyushu
[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilots, Kagoshima Part 2
11:34
Sambungan dari Part 1.
Museum ni dibina pada tahun 1974 untuk mengingati kamikaze pilots yang terlibat dalam Pacific War (Mar 1945 onwards) oleh saudara-mara mereka, tapi lepas tu banyak NGO dan individu yang menyumbang dan museum ni jadi besar macam hari ni. Lagi satu objektif museum ni adalah untuk menggalakkan kesedaran terhadap keamanan.
Saya rasa semua tahu apa kamikaze pilot kan, tapi buat yang tak tahu, kamikaze pilot ni adalah pilot yang menyerang dengan meng"crash"kan jet pejuang ke musuh. Lagi satu yang saya rasa ramai tak tahu yang nama asal di Jepun untuk kamikaze pilot ni adalah special force. Kamikaze ni asalnya digunakan di luar Jepun, tapi lama-lama perkataan tu diimport masuk ke Jepun. Sebab tu nama museum ni dalam bahasa Jepun adalah Chiran Tokko Heiwa Kaikan (Tokko = special force, Heiwa = peace). Saya lagi suka nama kamikaze pilot ni dari special force, sebab saya rasa nama special force tu diletak untuk mengaburi misi sebenar yang pilot ni kena buat. Oh, kamikaze ni maksudnya angin Tuhan (*kami=tuhan, kaze=angin) yang saya rasa lebih padan dengan pilot ni yang mernerjunkan jet pejuang mereka ke atas kapal musuh.
Kamikaze pilot ni adalah senjata terakhir tentera Jepun masa akhir-akhir Perang Dunia ke-2, masa ni US plan nak masuk Okinawa dan tawan Jepun dari situ. Jepun dah desperate dah masa ni, ramai leftenan, mejar hebat dia dah terkorban dan yang tinggal adalah askar-askar muda. Jadi demi nak menghalang tentera US untuk terus masuk, tentera Jepun ni lancarkan kamikaze attack ni. Chiran masa tu adalah antara kem tentera udara terbesar dan ramai kamikaze pilot adalah dari sini. Chiran ni juga jadi tempat terakhir kamikaze pilot ni stay sebelum nama mereka naik untuk buat serangan.
Sebelum pergi museum ni, saya imagine macam museum biasa, ada pameran, gambar askar sikit, gambar perang sikit. Tapi, sebaik je saya melangkah masuk dalam, saya tergamam sekejap sebab bahagian dalam museum tu penuh dengan portrait kamikaze pilots dalam seragam askar mereka. Tak dibenarkan ambil gambar dalam museum jadi saya tak ada gambar, tapi kalau ke official website dia boleh tengok.
Portrait pilot-pilot ni digantung mengikut tarikh mereka terkorban, bawah setiap portrait ada nama, platun berapa, tarikh lahir dan umur masa mereka terkorban. Kebanyakannya muda sangat, bawah 23 tahun dan yang termuda saya jumpa adalah 16 tahun.
Bawah portrait tu pula ada display berkaca yang mempamerkan surat terakhir mereka kepada yang tersayang- ada yang hantar kepada ayah, isteri, anak, adik lelaki tapi yang paling banyak saya baca adalah kepada mak. Terus teringat mak saya dan terus tak dapat tahan air mata. Memang sedih baca surat-surat mereka, walaupun saya tak ada kaitan dengan mereka boleh rasa kesedihan nak berpisah dengan keluarga.
Tapi ada banyak juga surat yang penuh dengan harapan yang Jepun akan menang, penuh dengan pride terhadap negara dan maharaja Jepun masa tu. Ada juga yang tahu Jepun akan kalah, dan minta generasi akan datang bangunkan Jepun sekali lagi. Ada yang romantik, janji dengan wife dia untuk pergi jalan-jalan bawah pokok sakura. Kebetulan masa misi kamikaze ni adalah akhir bulan 3, betul-betul tengah musim sakura.
Ada sesetengah tu lucu, dan ada juga yang penuh penyesalan sebab dulu nakal dan tak dapat berbakti dah pada negara. Tapi, yang saya perasan, semua tulisan sangat tergesa-gesa, banyak guna ringkasan. Boleh bayangkan emosi mereka yang mungkin tak stabil menunggu hari misi mereka.
** Below letter picture is taken from Chiran Museum Official Page : Digital Archive.
Ada total lebih 1,000 potrait pilot ni dan sangat banyak surat-surat. Lama juga saya kat dalam, baca surat-surat mereka. Semuanya dalam bahasa Jepun, tapi museum ni ada sediakan audio dalam English dan juga brochure, tapi tak semua surat ditranslate lah. Dekat digital archive ni, ada beberapa surat yang ditranslate, kalau ada masa bolehlah cuba baca.
Dekat bahagian lain dalam museum ni, ada 3 jet pejuang dipamerkan. Semuanya adalah yang saki-baki Pacific War dan semuanya penuh lubang hasil tembakan masa perang. Rasa ngeri bila bayangkan apakah nasib pilot kat dalam tu...
Juga ada satu area tu ditayangkan sejarah perang dari perspektif Jepun. Saya ulang, dari perspektif Jepun. Kalau yang American ke British ke Korea ke China educated, akan rasa yang macam setengah fakta tu salah.
Dah puas ronda dalam, saya keluar dan ke bahagian belakang museum pula.
Pondok ni pernah digunakan masa perang dulu dan memang ada banyak di sekeliling Chiran ni, tapi yang paling elok adalah yang ini. Masa saya masuk ni, dalam pukul 4 lebih tapi hari nak hujan, mendung semacam je dan saya rasa agak seriau, lebih-lebih lagi bila bayangkan askar yang terkorban tu pernah tidur kat sini dulu...
Saya meninggalkan Chiran Peace Museum ni dengan hati yang berat. Perasaan dia berbeza dengan perasaan selepas ke Killing Field dekat Phnom Penh tu, di mana saya rasa marah dengan kekejaman perang terhadap orang ramai yang tak bersalah.
Perasaan saya masa ni lebih kepada sedih tapi bangga dengan pengorbanan askar-askar muda ni, juga rasa marah terhadap pimpinan tentera Jepun yang masa tu dah tau nak kalah tapi tetap hantar anak-anak muda ni ke suicide mission. Tapi, disebabkan mereka kalah Perang Dunia ke-2, Jepun maju macam sekarang.
Saya juga terfikir masa ni, kalaulah Malaysia perang, adakah saya mampu buat macam kamikaze pilot ni? Adakah saya cukup patriotik untuk berkorban macam ni untuk negara saya? Dan sejujurnya, sampailah habis trip ni saya tak ada jawapan untuk soalan yang bermain-main di kepala saya ni.
~*~*~
DETAILS
Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilots (Official Website)
Access : 1 hour bus ride from Kagoshima Chuo-Station (bus stop no 16) or Ibusuki Station.
30 mins bus ride from Kiire station/Hirakawa Station.
Budget time here : 2 hours and more
Ada lagi 2 museum/memorial untuk Kamikaze Pilot ni - Bansei Tokko Peace Memorial Hall dan Kanoya Naval Air Base Museum. Kedua-duanya di Kagoshima juga. Khabarnya, kedua-duanya tidak sebesar Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilot ni, tapi pameran dia lebih personal katanya.
~*~*~
Bahagian depan museum |

Ada pondok askar di belakang museum ni. |
Pondok askar ni dibina ke dalam bumi untuk mengelakkan dari dikesan dari udara |
Ada tulis sejarah dan sebab kenapa pondok ni dibina rendah |
Pondok ni pernah digunakan masa perang dulu dan memang ada banyak di sekeliling Chiran ni, tapi yang paling elok adalah yang ini. Masa saya masuk ni, dalam pukul 4 lebih tapi hari nak hujan, mendung semacam je dan saya rasa agak seriau, lebih-lebih lagi bila bayangkan askar yang terkorban tu pernah tidur kat sini dulu...
Tak boleh bayangkan tidur ramai-ramai dalam ni, sambil menghitung hari untuk mati |
Masa pondok ni dijumpai, siap jumpa surat bawah bantal. Apalah perasaan askar-askar muda ni masa tu kan. |
Antara gambar askar yang pernah stay dekat Chiran Air Force Base ni dulu. |
Ada juga dipamerkan tilam dan selimut yang pernah digunakan. |
Dan ini pula cebisan jet pejuang. Rasa ngilu... |
Salah satu jet pejuang yang dipamerkan. Tak boleh ambil dari dalam, jadi saya curi-curi dari luar . |
Satu lagi memorial di luar museum. |
Perasaan saya masa ni lebih kepada sedih tapi bangga dengan pengorbanan askar-askar muda ni, juga rasa marah terhadap pimpinan tentera Jepun yang masa tu dah tau nak kalah tapi tetap hantar anak-anak muda ni ke suicide mission. Tapi, disebabkan mereka kalah Perang Dunia ke-2, Jepun maju macam sekarang.
Saya juga terfikir masa ni, kalaulah Malaysia perang, adakah saya mampu buat macam kamikaze pilot ni? Adakah saya cukup patriotik untuk berkorban macam ni untuk negara saya? Dan sejujurnya, sampailah habis trip ni saya tak ada jawapan untuk soalan yang bermain-main di kepala saya ni.
Hari pon dah semaking gelap, jadi dengan hati yang berat saya meninggalkan perkarangan museum |
Kiri kanan jalan nak masuk & keluar ni pon penuh dengan lantern batu |
Saya menyusuri jalan besar depan tempat saya turun bas tadi untuk ke destinasi saya seterusnya- Chiran Samurai Village |