[MISC] Bersarapan dengan Onigiri ;)

08:24

Boss saya baru balik dari Jepun dan souvenir dia untuk saya adalah onigiri ;D
Sesiapa yang pernah ke Jepun mesti selalu nampak onigiri ini dijual di 7-E ke Family Mart kat sana.
Jadi pagi ini saya bersarapan dengan onigiri ini. So happy sebab boss ingat saya suka makan onigiri. Ini yang rasa bermotivasi sampai Jumaat (hehe, kalau tak saya lah orang paling suram kat ofis ni hari Selasa, Tuesday blues ;))

Depan warna biru adalah inti Okaka, hijau belakang itu inti Kombu

Sedikit info pasal onigiri yang saya makan ni:-

Okaka adalah bonito flakes, kalau orang Jepun nak buat stock untuk masakan diorang selalunya guna bonito flakes ini la. Kalau pernah makan takoyaki, kan ada benda warna coklat yang halus-halus tu, haaa itulah bonito flakes.

Kombu pula adalah sejenis seaweed... Saya rasa tak ada English atau Malay word untuk Kombu.

Bila dapat makan onigiri dari Jepun, bertambah berkobar-kobar saya nak ke Jepun!

You Might Also Like

2 comments

  1. ahakss..Onigiri..sepanjang di Jepun 11 hari dulu sis mkn inilah...inti tuna..cari di 7E dan Family Mart..arghh..rindu sama Jepun...sedang kumpul duit nk terjah autumn kat pulak...hai..kalai kaki jalan gini lah..org bujang hehehe.Takoyaki!!!!...SEDAP!!! mkn panas2...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya, onigiri ni la makanan ruji kalau ke Jepun. Sedap kan? Next time, akak try Wafu Tuna-Mayo, dia bentuk bulat, nasi tu kaler coklat. Sedap akak! Eh, autumn bila plan nak pergi ni? Bestnyerr!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~