[TRAVELOG] Aug 2014 : Tentang Kunjungan ke Intramuros 3/4

13:38

Hari kedua saya di Manila, kami ke tempat yang saya paling nantikan- Intramuros.
Intramuros ini apa? Haa, Intramuros adalah kota peninggalan Sepanyol di Manila ini.
Intramuros ini UNESCO World Heritage tau.
Dalam kawasan Intramuros ini ada rumah, gereja (yang masih digunakan hingga sekarang)
dan juga penjara.
Juga menempatkan kawasan tahanan terakhir Jose Rizal sebelum dia meninggal.
Tak tahu siapa Jose Rizal? Sila buka balik buku teks sejarah masa sekolah menengah ya!

Kami bergerak naik cab dari rumah senior saya.
Perjalanan dalam setengah jam dan bayarannya, kalau tidak silap saya dalam RM25.
Saya memang suka Intramuros ni, saya boleh spend sehari dekat sini berjalan-jalan
tengok architecture yang menarik kat sini.



Sampai-sampai sahaja kami di Intramuros, kami dikerumuni oleh driver2 kereta kuda
yang semuanya agak agresif mempromosi perkhidmatan masing-masing.
Mulanya kami rancang hendak berjalan sahaja, tapi driver2 ni memang tak melepaskan kami.
Jalan-jalan sekejap, terserempak dengan seorang driver yang memang senior saya kenal.
Lepas negotiate sikit2 kami pon bersetuju gunakan khidmat kereta kudanya dengan bayaran RM60
untuk sejam pertama dan tambahan RM40 untuk setiap setengah jam.
(Tapi sah2 la dia bawa kami pusing2 dekat 2 jam dan siap marah kalau kami tidak masuk dalam museum.
Cheit! Tapi tak apalah, anggaplah rezeki dia kan.)


Kereta kuda kami ^^v


Kereta kuda orang lain 66v

Entrance ke Fort Santiago

Tapak kaki Jose Rizal

Penjara zaman Sepanyol


Tangga menuju ke kubu di atas
Pandangan dari atas kubu (sungai ini ialah Sungai Manila ya)

Di Intramuros ni, tempat favourite saya adalah rumah warna kuning kat bawah ini.
Kalau saya tidak silap, rumah ini separuh hotel dan di bawahnya djadikan restoran.
Suka sangat dengan design rumah ini, klasik!


Ini bahagian favorite saya!



Dekat kota ini juga terdapat bekas kesan tembakan semasa perang dulu dan buat saya insaf
dan rasa syukur dilahirkan di zaman yang serba makmur ini.


You Might Also Like

2 comments

  1. Aha..ada gak baca blog kawan2 yg lain.kalau ke Manila tempat ni mesti masuk dalam Itie kan

    arghh..part tu paling x suka tu...mahal tu bayaran naik kereta kuda tu..dh kena 'pau' lah yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Manila ni personally saya rasa Intramuros ni je tempat yang menarik akak, sbb tu kot ada dlm itinerary semua org.
      Intramuros ni kawasannya elok-elok je keluasan dia, xnaik kereta kuda pon boleh round sebenarnya :D Silalah berhati kental dalam menolak godaan mereka, kalau tidak kena pau macam saya ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~