[TRAVELOG] Aug 2014 : Tentang Cebu Pacific dan Airport di Manila 1/4
09:09
Mula-mula sekali izinkan saya mulakan dengan review pasal flight dan pengangkutan di Manila.
Kali ini saya menggunakan Cebu Pacific.
Saya membuat keputusan ke Manila ini agak
lambat, ditambah pula dengan cuti panjang Hari Raya Aidilfitri, jadi harga
tiket memang agak mahal.
Macam mana saya beli ticket Cebu Pacific
ini?
Haa, ini agak drama sebab saya ni tidak
mempunyai kad kredit.
Bila buka website Cebu Pacific, pilihan untuk buat bayaran kalau beli di Malaysia hanyalah menggunakan kad kredit.
Bila buka website Cebu Pacific, pilihan untuk buat bayaran kalau beli di Malaysia hanyalah menggunakan kad kredit.
Jadi saya terpaksalah saya membeli menerusi travel agent. Travel agent ini charge saya RM30 untuk satu booking.
Oklah untuk saya, sebab selepas ditambah
pon masih lebih murah dari MAS atau Air Asia.
Cebu Pacific berlepas dari klia2 dan mendarat di Terminal 3 di
Manila (saya akan kupas lebih detail pasal terminal di Manila dekat bawah ya!)
Di klia2, Kaunter Cebu Pacific ini hujung sekali, kaunter Y kalau
saya tidak silap dan hanya dibuka kira sejam setengah sebelum waktu berlepas.
Pada saya, Cebu Pacific ini agak strict
dari Air Asia atau Firefly dan LCC yang seangkatannya.
Hand carry saya ditimbang dan diukur saiz, juga dilekatkan tag
dekat zip jadi memang tak boleh nak curi-curi tambah barang selepas check-in.
Penerbangan dari klia2 ke Manila berlepas pada waktunya, tetapi
flight balik delay selama hampir 2 jam.
Kebetulan waktu saya ke Manila, tengah musim tengkujuh.
Hari-hari hujan, tapi sekejap-sekejap macam di Malaysia.
Overall, pada saya Cebu Pacific ini lebih kurang sahaja dengan Air Asia.
Seat pitch pun lebih kurang dengan Air Asia. Food selection juga banyak tetapi saya tidak berani order disebabkan tidak pasti tentang kehalalannya.

Okay, sebagai panduan mengenai terminal-terminal di Manila ini. Ok, dekat Manila ada 2 main airport- NAIA dan Clark. NAIA ini ada 3 terminal yang jaraknya boleh dikira dekat, tapi disebabkan kesesakan jalan raya Manila ini sangat kritikal, maka perjalanannya jadi jauh. Setiap airline dah ditentukan guna terminal mana, contohnya MAS, Philippine Airlines di Terminal 2, Cebu Pacific di Terminal 3. Jadi, haruslah berhati-hati kalau ada tukar airline di Manila (contohnya dari KL naik MAS, kemudian dari Manila ke Davao naik Cebu Pacific. Haa, kat situ kan dah kena tukar terminal dari 2 ke 3. Kalau ambil kira traffic jam, paling kurang kena ada 3 jam at least.)
Lagi satu, airport dekat Manila ni sangat-sangat strict. Hanya mereka yang memiliki tiket sahaja boleh masuk dalam bangunan terminal. Kalau keluarga atau kawan-kawan datang jemput atau hantar, kena tunggu di luar bangunan. Tak bolehla nak peluk2 sampai imigresen seperti di negara lain.

* Barisan panjang hendak masuk ke bangunan airport *
Next entry saya akan bercerita tentang jalan-jalan di Manila pula ya! (Tapi trip Manila ini saya manja, sebab senior saya ada jadi saya ke mana-mana pun dia yang guide kan :D)
3 comments
Belum terdetik lagi nk beli tiket ke Mania..sbb x pasti apa yg menarik di sana..maybe lepas baca entri Kay nanti tergerak hati nk ke sana ke :-)
ReplyDeleteTo be honest Manila ni xada pon dlm travel list saya tahun ni, tapi sbb senior saya meroyan xada orang lawat dia maka saya pon terjah la.
DeleteGreat post thanks
ReplyDelete