[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Gaemi Maeul (The Ant Village)

22:15


** WARNING: Entry ini ada banyak gambar **

Setelah sarapan di Krispy Kreme, saya menapak ke stesen Jongno-3-Ga (Line 1, 3, 5) untuk ambil Line 3 kat sini. Sebenarnya boleh je nak naik Line 2 kat Euljiro-Il-Ga then tukar, tapi saya saja jalan nak lepas rindu.

Jalan pon xjauh, dalam 15 minit je sambil menikmati pagi di Myeongdong.
Myeongdong masih macam dulu cuma saya perasan banyak kedai baru. Siap ada MCM flagstore lagi.

Saya suka beg MCM ni, tapi harganya... Boleh buat sara hidup sebulan orz

Dari Jongno-3-Ga saya naik Line 3 untuk ke destinasi pertama saya- Gaemi Maeul.
Gaemi Maeul ni macam Ihwadong- kampung yang ada mural kat dinding rumah.


Gaemi Maeul

Gaemi Maeul ni direct translationnya adalah Ant Village. Ant Village ni adalah antara "Moon Village" yang terakhir di Seoul.

"Moon Village" ni apa? Hmm, "Moon Village" ini adalah penempatan di pinggir bukit-bukit kat Seoul dan Busan mainly. Rumah-rumah kat penempatan ni dibina dekat-dekat antara satu sama lain sampai puncak bukit. Sebab itulah ia dipanggil "Moon Village" sebab dekat dengan bulan.
Penempatan ni selalunya diduduki oleh mereka-mereka yang tak tau nak ke mana selepas Perang Korea.
"Moon Village" ni dah banyak dah tak ada, sudah di-redevelope untuk pembinaan kondominium mewah.


Rumah-rumah dibina rapat-rapat
Saya rasa gambar ni explain Moon Village in the best way
Tak boleh bayang kalau hari-hari kena mendaki bukit macam ni


Gaemi Maeul ni pon hampir kena nasib yang sama, tapi saya tak sure the real story kenapa ia masih kekal. Ada sumber cakap Gaemi Maeul ni kekal sebab mural yang dilukis oleh student universiti kat dinding rumah-rumah kat Gaemi Maeul ni. Ada juga yang cakap student universiti yang lukis ni dibayar oleh satu developers ini untuk mencantikkan pemandangan sebab diorang nak bina kondo berdekatan Gaemi Maeul ni.


Direction  untuk ke Gaemi Maeul ni:
1. Turun di stesen Hongje, Line 3.
2. Keluar dari Exit 1 dan buat U-turn untuk ke tempat tunggu bas
3. Ambil Maeul Bus (bus warna hijau) no. 7
4. Kalau rajin mendaki, turun bus di stop no. 8 iaitu Inhwan-Chun-Hakyyo (Inhwan Middle School).
    Kalau malas, turunlah di last stop iaitu di puncak Gaemi Maeul.


Maeul Bus warna hijau. Naik no. 7 tau!

Saya turun di stop no. 8.
Turun-turun je ternganga tengok kecerunan bukit kat sini. Cerun betul, dalam 60 darjah ada kot.

Kecerunan #1


Kecerunan #2 yang membuatkan saya ketar lutut
Ada map dekat mana ada mural so boleh refer sini ya


Kawasan ni memang sunyi. Menurut info yang saya baca, banyak pemilik rumah kat sini dah jual tanah diorang kepada orang-orang kaya dari Gangnam, yang aim untuk jual balik tanah dengan harga berganda kepada developers.

Masa saya pergi ni, memang tak ada orang langsung kat luar. Tapi boleh dengar suara orang bercakap-cakap dalam rumah so tak adalah cuak sangat.

Saya perasan Gaemi Maeul ni banyak mural bunga. Cuba search juga kenapa banyak bunga tapi tak ada pula info. Kalau ada yang tau, sila share ya.

















Tangga berbunga 





Mural non-bungas

Bus stop?


Aladdin?

Gaemi Maeul itself?

Binatang ternakan



Rumah warna-warni 

Kura-kura

Yang kat bawah ni mural favorite saya:-





Bila tengok Gaemi Maeul ni, saya rasa bersyukur sangat dengan tempat lahir saya. Bukanlah saya nak kata Gaemi Maeul ini teruk, tapi rasa insaf bila tengok keadaan rumah diorang dan mengenangkan nasib diorang yang tak tahu sampai bila dapat duduk di rumah sekarang.

Walaupun Gaemi Maeul ni tak terjaga macam Ihwadong, saya lagi suka Gaemi Maeul ni,
Ada depth and character. Most importantly, it shows the other side of Seoul which is not as glamorous as the K-Pop that we are familiar with.



Kondo mahal di seberang sana


Bas nak balik dah sampai! Yay!


Siap ada cara nak bersenam dekat stesen Hongje ni OK



Balik dari Hongje, saya turun di Anguk dan ke Insadong.
Dari Insadong, jalan-jalan sambil menuju ke hotel. Sampai hotel, elok-elok je dah pukul 2, dapatlah saya check-in.

You Might Also Like

9 comments

  1. kalau ada peluang ke Seoul lagi sis JM nk try ke sini pulak..kalau pegi autumn season mesti lagi cantik kan view di village nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM dah pernah smpi mural village yg famous, Ihwadong tu? Kalau blum, saya recommend pegi yg tu dulu, lg luas dan terjaga...

      Delete
  2. Gaemi ni klu dlm citer korea... org2 yg susah stay sini... kena turun naik tangga br jumpa umah... camtu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul, memang gaemi ni tmpt utk org2 miskin yg xde rumah ke tanah ke lepas perang Korea dulu tu...

      Delete
  3. Bila kay ckp pasal org2 susah yg x tau mana nak pegi lepas perang korea, teringat cita taxi ahjusshi masa balik dari gamcheon cultural village. Dia dok la bercerita pasal sejarah tempat tu dlm bahasa korea, hehehe. Dlm 15% jea boleh tangkap apa dia cakap..selebihnya rasa stress sbb cuba memahami apa dia cakap hahahaha. Betul2. Rakyat dorang pun ada yg hidup susah kan. Dan yg susah tu mmg betul2 susah.. ni kira kawasan setinggan la agaknya kan tp diceriakan dgn mural tu.ihwa dong mmg lebih tersusun n nampak terjaga kawasannya.. hee rinduuuu.. nak juga merasa solo travel ke koya.. huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh td sbnrnya nak ckp lain tp melalut lain.. hehe. Menurut pakcik teksi tu, penempatan kat gamcheon tu pun asalnya begitu la.. bila perang.. org lari ke selatan (busan) lalu kemudiannya bila x tau nak pegi dan duduk mana..diorang bina rumah atas bukit tu. Sbb tu rumahnya padat2 dan rapat.. stok kalau kena marah dgn parents jiran konfem dengar kan hehehe. Malangnya kaki x sempat nak menyusur di tepi2 rumah diorang.. time constraint huhu

      Delete
    2. Selamat pagi cikgu Didi!

      Yalah, saya pon rasa ini ala-ala kawasan setinggan diorang kot. Memang nampak la yang rumah diorang ni cukup syarat je. Ada sesetengah rumah tu memang xada pintu, just cover dengan plastik tebal je. Tak boleh bayang kesejukan diorang.

      InsyaAllah ada peluang pergi solo nanti. Kalau risau, ajaklah kawan tapi ajak split sehari ke then bolehlah nak pergi tempat masing2 minat.

      Delete
  4. Selamat pagi. Sila duduk. Hahahaha.

    Aah x terpikir pula pasal split2 tu. Tp rasanya kalau pegi dgn my travel partner x mungkin dia nak split2 hehehe. Mmg ada org jenis independent x kisah ttap tp ada juga yg jenis mesti berteman.. pernah juga dulu saya x setuju nak ikut xtvt dia n saya cadangkan dia cuba sendiri, saya ok je merayau2 dulu kt tempat lain tp member ni rela cancel kan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cikgu didi ni boleh tahan kelakar juga ya! Teringat zaman belajar dolu-dolu.

      Oh, kalau travel partner mcm tu tak sampai hati pulak nak suggest suruh split kan. Yelah, dah janji datang bersama. Takpa Didi, insyaAllah ada peluang nak pergi solo suatu hari nanti. Bak kata orang, kalau nak seribu daya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~