[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Shoes Outlet di JayHaus, Samcheong-dong

23:45


Jay Haus, Samcheong-dong

Misi saya ke Samcheong-dong ni hanya satu- nak beli heels dekat JayHaus.
JayHaus ni brand Korea 100%:- design dibuat oleh orang Korea, kulit/PVC pon buatan Korea, pendek kata 100% Made in Korea.
Saya suka pakai heels JayHaus ni sebab walaupon harga dia agak murah dan ada tumit yang quite tinggi, still selesa sangat. Bentuk kasut dia juga banyak yang universal boleh masuk dengan kain dan seluar (ada setengah heels tu cantik dengan seluar, tapi bila pakai dengan kain nampak pelik orz). Design heels JayHaus ni pun banyak yang cute tapi still sesuai bawa ke offce :D

Kedai JayHaus dekat Samcheong-dong ni 2 tingkat. Tingkat bawah dia jual new collection (kat sini pon cantik2 tapi dalam range KRW39,000 ke atas).

Saya selalu ke tingkat 2 terus, sebab kat tingkat ni dia jual outlet shoes. Walaupun nama dia outlet, kebanyakannya adalah kasut-kasut dari season lepas-lepas. Semuanya flat price KRW19,000.
Dengan harga bawah RM70, pada saya berbaloi sebab kualiti dia adalah kualiti RM120 ke atas kalau kat Malaysia ni.

JayHaus dari luar.
Nampak kan KRW19,000 sale tu besar2?

Kasut-kasut semua dilambak ikut saiz macam ni

First time saya datang sini dulu, meroyan sekejap tengok kasut-kasut dekat sini *_*

Lepas pilih-cuba-pilih-cuba, saya akhirnya ambil sepasang je. Kalau ikutkan nafsu, nak je borong lagi hehe Dari Samcheong-dong, saya patah balik ke Anguk Station untuk ke destinasi saya seterusnya- Express Bus Terminal.

Kedai yang comel saya nampak on the way ke Anguk Station

Direction ke Jay Haus:-

Dari Kiehl's Samcheong-dong, masuk lorong sebelah dia dan jalan sampai hujung.
Nanti ada Cafe Benne belah kanan. Keluar lorong tadi akan masuk Samcheong-dong Street.
Jalan je sepanjang Samcheong-dong Street ni dan akan nampak JayHaus belah kanan.
Kalau dah sampai Godiva, maksudnya sudah terlepas jadi sila patah balik :D





You Might Also Like

8 comments

  1. 19k tu tak laa mahal sangat kan... Kalu ke Koya SS ske beli bag petak... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pada saya ok la lagi untuk kualiti dia :D Beg petak pon best, lain dari yang lain & berpatutan kan!

      Delete
  2. Wah.. tgk dr sini pun dah rambang mata ni hehe.

    ReplyDelete
  3. Halo.. can I use front jauyhaus picture? When I go there I am not taking any picture... thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply!
      Yes of course can use but kindly give credit back to this blog thanks!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~