[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Jeongja Cafe Street
17:50
27 Jan 2015 - Hari ketiga di Seoul
Hari ini juga hari terakhir saya seorang diri di Seoul, jadi haruslah menggunakan hari ini sebaiknya.
Plan hari ini adalah lunch date dengan kawan lama di Jeongja Cafe Street dan ke muzium petang nanti.
JEONGJA CAFE STREET
Destinasi pertama saya hari ini, Jeongja Cafe Street ni terletak di luar Seoul, dalam daerah Gyeongi-do.
Nearest station adalah Jeongja station, Bundang Line.
Bundang Line ni line yang baru siap tahun 2012 kalau tak silap.
Kalau dari stesen Euljiro-Il-Ga depan hotel saya, boleh je naik Line 2 terus ke Gangnam, perjalanan dalam 45 minit kot.
Tapi sebab saya suka naik bas, maka dari hotel, saya jalan ke depan hentian bas depan Lotte Young Plaza.
Dari sini saya ambil bas no.143 ke Express Bus Terminal dan kemudian tukar bas no. 643 untuk ke Gangnam. Bas dekat Seoul ni, kalau tukar bus dalam masa 30 minit, dia hanya akan charge satu tambang jer. Contohnya, tambang dari
Lotte Young Plaza -> Gangnam @ KRW1,250,
Lotte Young Plaza -> Express Bus Terminal @ KRW1,050
Express Bus Terminal -> Gangnam @ KRW1,050
Kalau dekat Express Bus Terminal tu kita tukar naik bas ke Gangnam dalam masa 30 minit, kita hanya akan dicharge KRW1,250 bukannya KRW2,100.
Stesen bus dekat Express Bus Terminal ni sangat banyak, jadi kena alert bas kita nak naik |
Alamak, bas berhenti depan la pulak! Sila lari-lari untuk kejar bas! |
Bas yang kosong... |
Dari Gangnam ke Jeongja adalah dlm setgh jam la jugak tapi nasib baik line ni kosong je so mmg dpt duduk. Direction dari Jeongja station ke Cafe Street ni (pinjam dari KTO website)
Jeongja Station (Seoul Subway Bundang Line), Exit 5.
From the subway exit, turn around and cross the road.
Turn left onto Neuti-ro Street (느티로), and go straight for 60m.
Turn right before the Paragon Apartment Building 101, and go straight for 160m.
Cross the road at Paragon Apartment Building 104 to arrive at Budang Jeongja-dong Café Street
Saya sampai sebelum pukul 12 jadi saya jalan-jalan dulu sambil tunggu kawan saya keluar lunch.
Kalau tak ada tulisan Hangul tu, tak macam dekat Seoul kan? |
Kalau summer atau autumn, cafe street ni memang cantik sangat. Lagi-lagi kalau weekend sangat happening. Tapi hari saya pergi ni tengah winter dan weekdays, memang macam pekan terbiar sikit.
Suka kedai biru ni |
Lepas makan, saya pergi E-Mart. Banyak juga barang yang murah tapi memikirkan perjalanan masih panjang hari ini, saya tak beli apa-apa. Lepas balik Seoul, menyesal tak abis...
Random statue otw ke Jeongja Station. Adakah anda terfikir apa yang saya terfikirkan? |
4 comments
Best gak kan explore Seoul naik bas ni. Selama ni memang malas nak naik bas sebab xnak stuck dalam jammed haha. Next trip boleh gak ni merayap sampai Gyeongi.
ReplyDeleteMemang best, silalah naik time bukan peak hour kalau nak elak jammed. Naik bas kadang-kadang lebih cepat dari train.
Deletenampaknya kulit Kay pun mesti flawless mcm kawan tu..apa product yg dia guna..share lah sikit :-)
ReplyDeleteOh tidak, kulit saya langsung x flawless orz Dah abes entry Korea ni saya up entry skincare/kosmetik Korea pula insyaAllah
Delete