[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Garosu-gil, Dinner @ Busan Jib & Night Shopping @ Dongdaemun

13:26


Selepas bermaraton dari Insadong ke Myeongdong memang rasa nak patah kaki.
Sampai di Myeongdong rasa nak terjelepuk kat mana-mana kafe.

Tapi sebab dah janji, dan juga memang salah saya yang asyik sangat belek kosmetik, saya gagahkan juga kaki menapak ke lobi hotel senior-senior saya, iaitu Hotel Skypark Central Myeondong. Senior saya yang sudi datang dari Tokyo kali ni ada 3 orang- senpai AI (peminat Donghae of Super Junior), senpai SN (pernah belajar kat Iran so dia memahami Islam) & senpai RO (xtau dia minat siapa tapi saya syak dia minat Changmin of TVXQ!).

Saya pernah kerja kat Jepun dalam 3 tahun dan sepanjang saya kat sana, dengan senpai AI paling lama saya satu department. Senpai AI ni masa mula kenal memang garang, tapi lama-lama dia yang paling banyak jaga saya. Kami sama-sama suka KPop & Korea jadi mungkin itu salah satu sebab kami rapat. Selalu lepas kerja kalau stress kami suka jalan-jalan kat kat Shin-Okubo. Hari cuti pon kalau bosan kami ke Shin-Okubo. Birthday pon ke Shin-Okubo. Pendek kata apa-apa pon Shin-Okubo. Rindunya Shin-Okubo!

Senpai SN pula pindah department saya lepas setahun saya kerja. Dia pernah belajar kat Iran so masa first time kami jumpa, dia cakap Arab dengan saya... Terkedu sekejap sebab saya hanya tahu syukran, sedangkan bahasa Arab tu bahasa AlQuran. Senpai SN ni rapat dengan senpai AI so dia selalu join lepak Shin-Okubo dengan kami. Senpai RO ni, saya tak rapat sangat dengan dia, terkejut juga masa saya dapat tahu dia pun turut serta dalam rombongan kali ini. Tapi tak apalah, the more the merrier orang kata kan! Terharu pon ada... (ayat drama habis kan!)

Panjang pula mukadimah saya! Ok, sambung dari saya sampai lobi tadi.
Bila sampai lobi, tengok-tengok senpai2 saya tengah check-in. Jadi kami buatlah drama peluk-peluk sekejap padahal bukan lama sangat tak berjumpa! Last saya jumpa senpai-senpai saya ni akhir bulan March 2014 sebelum balik Malaysia for good hari tu. Tak sampai setahun pon.

Selepas senpai saya selesai check-in, kami naik bilik sekejap untuk letak barang dan meeting pasal itinerary. Bincang-bincang, kami decided ke Garosu-gil dulu, malam nanti ke Dongdaemun. Esoknya pergi makan Korean traditional set lunch dan memandangkan flight senpai saya pukul 8 malam esoknya, kami plan nak stay area Myeongdong petang esok.

Garosu-gil

Dari Myeongdong, kami berjalan ke Euljiro-Sam-Ga station untuk ke Sinsa iaitu stesen terdekat untuk ke Garosu-gil.

Garosu-gil ini, saya rasa ramai yang tahu, adalah salah satu shopping street dekat Seoul ini. Up sikit dari Hondae tapi kurang dari Cheondam-dong. Banyak butik-butik vintage dan select shops yang design kedai dia outrageous sikit. Juga banyak kafe-kafe yang cantik. Main road Garosu-gil ini pon dah best, tapi saya recommend masuk jalan-jalan kecil kat tepi-tepi sebab dalam-dalam tu lagi banyak kedai yang best...

Dari Sinsa station, ambil exit no.8.
Jalan straight dan belok kiri lepas nampak School of Food. Kalau tak silap saya simpang besar ke-3 dari station.


Keluar dari exit no 8


Banyak kedai-kedai yang macam ni


Juga banyak kafe-kafe cute

Bagazimuri.com ni asalnya kedai online- harga dia not bad la, taraf-taraf Nichii ke kalau kat Malaysia ni


Sekali ada baju Miranda Kerr (of course la fake kan). Harga dalam RM150, kalau bukan sebab material dia untuk winter dah lama saya rembat!


Kedai aksesori- Farmer.


Busan-jib, Myeongdong

Lepas rehat sekejap di kafe, kami patah balik ke Myeongdong.
Walaupun baru lepas mengopi, semua dah lapar jadi kami ke Busan Jib di Myeongdong.
Kedai ni terletak kat satu lorong sempit yang banyak kedai seafood.
Maaflah saya tak ingat macam mana nak pergi sebab senpai AI yang lead masa ni, saya menonong je ikut.


Ketam mentah... Sedap dimakan dengan seaweed + nasi putih

Order juga seafood pajeon

Dan semestingya seafood stew

Lama jugalah kami melepak dekat kedai ni, dalam 2 jam juga.
Tak tahu kenapa lapar sangat, lepas habis menu kat atas tu kami tambah lagi satu pajeon dan seperiuk kecil clam soup...


Dongdaemun

Lepas makan, naik train lagi sekali ke Dongdaemun untuk shopping pula.
Senpai RO nak cari winter coat dan senpai SN nak beli sweater. 2 senpai ni first time datang Dongdaemun waktu malam jadi gigihla kami (senpai AI dan saya) bawa diorang jalan.
Kami sempat terjah 3 shopping mall malam tu :- hello apm, maxstyle dan doota!.








Dekat pukul 12 tengah malam, kami ambil Line 2 untuk balik ke Myeongdong.
Mungkin sebab semua tengah penat, boleh kami terlepas station. Nasib baik perasan masa kat City Hall.
Jadi malam itu menapaklah kami dari City Hall ke Myeongdong.

Lepas tapau ayam goreng untuk Senpai AI dan potato fries untuk saya, saya diseludup masuk bilik senpai saya. Macam-macam kami borak sampai pukul 3 pagi barulah semua menggelabah nak tidur.

Dekat-dekat subuh, saya sneak out untuk balik hotel saya dengan janji nak jumpa lagi untuk breakfast pukul 9 nanti...


You Might Also Like

6 comments

  1. Lawa giler Garosu-gil. Haritu melepas nak layan view autumn sebab kaki cramp; gave up terus balik hostel. Ketam mentah tu lah kitorang order kat Eomoni Jib haritu. Sedap! Saya & cousin je yang selera nak makan. Yang lain semua xlalu haha tapi half ketam tu diorang masuk dalam periuk stew akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Bie! Saya rasa autumn mesti lagi cantik, pernah tengok gambar pokok kiri kanan tu semuanya menguning. Next trip!

      Delete
  2. baru tahu kenapa Kay pandai cakap Jepun..3 tahun keje sana..tidur jam 3 pagi..lepas subuh dah gerak balik hotel pulak kalau sis JM mahu dah terbabas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha saya terbabas lepas Subuh, sangat tak senonoh ok!

      Delete
  3. Salam kenal.. ketagih pula membaca blog ni esp entri jalan2.. sungguh banyak informasi nya & lengkap juga.. tq..
    Feeling2 ada kat korea juga bila membaca, hehe.. esp utk yg teringat2 tp x tau bilakah boleh ke sana lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blog saya ^__^

      Saya pon suka baca blog orang pergi ke Korea buat lepas rindu. Korea memang addicting kan, pergi sekali rasa nak pergi lagi!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~