[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Oyster Bibimbap @ Morio, Gwanghwamun [絶品牡蠣ビビンバ@モリョ]

22:00


28 Jan 2015 - hari keempat di Seoul

Hari ni janji jumpa senior2 saya pukul 2.30, so saya masih ada sepagi untuk berjimba seorang diri (^0^)//

Kebetulan hari ni adalah hari Culture Day, jadi saya decide ke Gyeongbukgung sekejap. Oh, buat yang tak tahu, hari Rabu terakhir setiap bulan adalah Culture Day di Seoul. Semua palace akan buat free admission dan certain museum yang berbayar boleh masuk dengan bayaran 50% je. Aci kan saya tak pos gambar Gyeongbukgung sebab rasanya ramai yang dah sampai sini kan?

Dari Gyeongbukgung saya menapak ke Gyeongbukgung station untuk lunch hari ni.
Kedai yang saya nak tuju ni specialty dia adalah oyster. Saya tahu pasal kedai ni dari satu blog Jepun yang saya follow.

Morio, Gwanghwamun
Closes on Sat, Sun & Public Holiday
Opens from 11:00 to 21:00 (last order 20:40), break time 15:00 to 17:00

Kedai ni terletak belakang Sejong Center. Nak datang dari Gwanghamun station (Line 5) pon boleh, dari Gyeongbukgung station (Line 3) pon boleh.

Sebab saya pergi dari Gyeongbukgung maka kali ni saya share jalan ni sahaja ya.
Oh, sedikit warning sebelum pergi kedai ni:-
  1. Kedai ni ada serve oyster mentah dalam banchan dia, jadi kalau korang xpernah makan,
      sila jangan cuba-cuba try sebab kalau perut tak biasa memang boleh jatuh sakit. Berhati-hati tau!
  2. Pakcik owner kedai ni xboleh cakap English, dia hanya tau Korean and Japanese.
      Kalau ada yang nak pergi dan order apa yang saya makan,
      sebut kaki bibimpap setto (kaki=oyster, setto=set)


Klik untuk besarkan map ya!


1. Nak ke kedai ni, keluar Exit no 7 Gyeongbukgung station.



2. Lepas keluar, buat u-turn dan belok kanan.
    Nanti akan nampak Seoul Metropolitan Police Complex belah kanan.
    Jalan sampai hujung dan lintas jalan.
    Nanti akan nampak bowling pin besar kat hujung jalan macam kat bawah ni.



3. Jalan ke arah bowling pin. Belakang bowling pin tu akan ada pintu gerbang macam ni.
    Masuk dan turun tangga.





4. Turun-turun je nanti akan nampak kedai ni first sekali. Belah kiri tau.

Dah sampai!

Masa saya sampai tu baru pukul 11:30 camtu, kedai memang kosong lagi.
Pakcik owner siap terkejut tengok orang bertudung datang kedai dia. Mulanya saya cakap BI, tapi tengok dia tak faham saya cakapla Jepun.
Dia beria sangat tanya saya mana tau pasal kedai dia.

Lepas borak-borak, saya pon order lah set oyster yang berharga KRW9,000.
Set ni boleh pilih bibimbap atau kuppa. Saya pilih bibimbap kali ni.

Bacchan dia ada dlm 6 jenis macam kat bawah ni.
Ada oyster tenpura, oyster kimchi dan oyster mentah.
Oyster kedai dihantar setiap pagi so memang sangat fresh.
Tunggu dalam 5 minit, bibimbap saya sampai. Oyster dia sangat banyak...! Sangat heaven untuk pencinta oyster!

Oh! Bibimbap ni makan dengan kuah kicap letak bawang and cili hijau bukan sos merah yang biasa tu. Sedap sangat, kena dengan selera sayalah.


Bacchan favourite saya adalah oyster kimchi yang kat tengah tu

Bibimbap dah sampai!

Nampak tak oyster yang banyak?

Lepas makan, pakcik owner bagi kopi susu yang manis.
Masa saya tengah makan tu ramai la orang-orang ofis pon datang masuk jadi saya keluar dan lepak minum kat luar.

Saya patah balik Gyeongbukgung dan naik train ke Anguk untuk ke Insadong.
Leka membelek kosmetik, tak perasan yang dah lepas pukul 2!
Jadi tengah hari itu saya bermaraton dari Insadong ke Myeongdong untuk jumpa senior saya. Nasib baik winter, kalau tidak ada yang pengsan...



You Might Also Like

4 comments

  1. Kay! Sangat mengundang amarah tau bibimbap tu. My fav. Minus the oyster lah tapinye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh xsuka makan oyster ke?! Ke allegic dengan oyster?

      Saya pon suka bibimbap, tapi susah nak cari yang xada meat kat Seoul...

      Delete
  2. Kay pandai cakap Jepun? kenapa x belajar Hangul jugak

    alaa..oyster mentah? sah..kawan x nk g sini..kalau sis JM boleh telan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sikit-sikit kak JM. Dah cuba belajar Hangul, tapi xmasuk dah tua...

      Yang side dia je mentah, yang dalam bibimbap tu masak la kak JM.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~