[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Dari Seoul ke Tokyo

23:20


30 Jan 2015

Disebabkan hotel saya duduk kali ini tak ada lift, jadi dalam pukul 7:30 pagi tu saya dah gigih angkat suitcase nak turun ke bawah. Lepas turun setingkat, ada oppa ni baru balik merokok dan offer nak angkatkan suitcase saya. Macam orang mengantuk disorongkan bantal saya terimalah tawaran dia.
Alhamdulillah, rezeki saya pagi tu.

Sekali bila dah sampai bus stop dan cool down, baru saya teringat oppa ni siapa.
Oppa ni saya ada terserempak masa dia tengah check-in semalam. Dengan raincoat berhood yang serba hitam, suitcase besar warna hitam juga dan ditambah payung hitam sebab petang semalam tu ada hujan-hujan sikit, saya memang terus terbayangkan Freddie Friday the 13th tu. Saya siap intai bilik dia dekat tak dengan bilik saya heh
Tak baiknya saya berburuk sangka kat oppa ni semalam!

Dari hentian bas depan KEB, saya naik airport bas da sampai Incheon dalam masa kurang sejam. Check-in pon smooth je tapi yang seksa adalah imigresen, melimpah ruah sampai ke luar. Penuh dengan rakyat China orz

Sampai balai menunggu, ada pengumuman salji lebat di Tokyo jadi flight delay setengah jam. Erk! Saya dahla ada hal petang nanti. Mesti train & bas semua delay sebab berdasarkan pengalaman saya Tokyo ni kurang bersedia sikit dengan salji.

Incheon pun hujan lebat hari tu

Sampai di Narita, seperti dijangkakan, train dan bas semua delay sebab salji. Masa saya sampai tu, salji dah berhenti tapi jalan raya semua masih licin. Fikir-fikir, saya ambil NEX je lah, option paling mahal tapi paling cepat boleh sampai Shinjuku. Sekali bila saya ke kaunter JR, officer tu inform ada promo untuk pelancong, JPY1,500 sahaja untuk ke downtown Tokyo, Alhamdulillah. Harga biasa NEX adalah JPY3,150 camtu. (Btw, promo ni dah habis, skrg JR buat promo JPY4,000 untuk roundtrip guna NEX. Pada saya, masih berbaloi sebab NEX ni selesa sangat dan pantas.)

Sila turun ke level bawah lepas arrival hall untuk ke kaunter JR

Arigatou Pak Cik JR!

Dekat tiket ada tulis nombor train, nombor gerabak dan nombor seat (macam saya ni NEX 30, gerabak no 7, seat no 7D)

Jadi sila beratur di tempat yang betul ya!

Kat atas pon ada board dengan nombor gerabak so boleh check

Ok, NEX dah sampai! Jom naik!

Ada display tunjuk kita dah kat mana

Juga ada display keadaan train line- delay ke as per schedule ke

Dari Narita ke Shinjuku, kalau naik NEX ni dalam sejam 15 minit macam tu dah boleh sampai. Laju dan train dia cantik. Juga tak seramai orang dalam Skyliner atau Sky Access.

Petang tu saya memang rushing sebab saya nak kejar ke District Office dan kemudian ke HQ company saya. Panik jugalah tapi padan muka saya, siapa suruh ambil flight tengahari kan.

Dah settle semua, barulah lega dan dapat gerak hotel saya. Hotel saya dekat mana? Of course la di Shin-Okubo hehe!

You Might Also Like

9 comments

  1. teringin nak ke Fukuoka daripada Busan...hihihi...anyway best ke Tokyo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke Fukuoka tu yang penat, xde direct flight lagi dr KL...

      Pada saya, Tokyo ni best, tapi saya lagi suka Kyoto sebenarnya.

      Delete
    2. Eh sorry sorry saya salah baca! Ke Fukuoka dr Busan ya. Menarik jugak tu. Ni yg kena start cari flights ni.

      Delete
    3. betul..Kyoto lagi best dari Tokyo hiksss

      Delete
  2. alahai...s osweet ada oppa nk tolong...setiap kali sis JM ke Seoul...x de pun oppa yg offer diri maybe sis x suweet like Kay rasanya heee

    mmg rezeki lah..JR ada promo jika x mmg parah..robek poket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha saya xdela sesweet mana, gedabak OK kak JM. Oppa tu takut sy tergolek atas dia tu dia tolong kekeke

      Delete
  3. Nak kena amik calculator kire... Almaklum dah lama x pegang duit jepon... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. darab 3 je SS! yg lebih2 tu pejam mata je heh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~