[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Itaewon & Eid
16:34
Dah bahagia dapat patbingsu, saya ke Itaewon untuk solat dan makan (eh, asyik makan je ye!).
Masa saya sampai Masjid Seoul, dah dekat pukul 4 ptg. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ada majlis jadi agak sesak. Beratur juga nak ambil wuduk.
Perut dah berkeroncong, siap je sembahyang saya terus ke kedai makan paling "hot" dikalangan Malaysian female traveller sekarang ni (heh :D), iaitu Eid. Masa saya sampai ni memang full house, tapi tauke dia cakap kalau seorang ada meja kecil. Saya tak kisah je, jadi masuklah dan order Samgyetang (ayam dimasak dengan ginseng.) Tengah makan, ada satu group muda-mudi masuk. Campur-campur lelaki dan perempuan, Yang lelakinya tak habis-habis mengusik, mengajak makan semeja sampai saya naik segan. Tapi dalam segan, tetap dapat habiskan samgyetang semangkuk tu hihi Dah habis terus saya cabut lari, walaupun adik-adik tu beria ajak Namsan Tower sama-sama.
Kepada adik-adik di Eid, maaflah akak ni memang kekwat sikit. Mianee yo!
Oh, Eid ni kedai dia kecil je, ada dalam 10 seats je jadi kalau nak pergi ramai-ramai, disarankan booklah dulu.
Restoran halal Eid - kecil je kedainya |
Samgyetang yang masih berasap. Patutlah orang Korea ni slim-slim, makanan dia banyak yang sihat-sihat macam ni |
Dah siap makan, dengan perut yang berat saya patah balik ke jalan besar.
Tapi saya tak keluar ke jalan besar yang ada Hotel Hamilton tu terus, saya masuk satu lorong sebelum jalan besar tu. Dekat lorong ni banyak kedai-kedai baju dan restoran ala-ala hipster.
Kalau jalan terus sampai hujung, akan ada Itaewon Market dan akan sampai Noksapgyeong Station.
Jalan yang ada anak panah biru tu yang saya suka lalu |
Mula-mula tu banyak rumah, tapi teruskan jalan |
Juga ada banyak kedai banyak baju macam ni (harga dalam 10,000 ke 50,000 KRW) Kebanyakannya design sendiri, jadi jarang jumpa baju yang sama di kedai lain. |
Ada juga restoran macam ni. Saya ada baca ada kedai lobster roll best dekat Itaewon ni tapi tak jumpa pula masa ni. Mungkin lorong belakang Hotel Hamilton sebab situ pon banyak kedai hipster |
Ada map ni dekat stesen Noksapgyeong. Bolehlah follow tapi jalan-jalan sendiri lagi best kan! |
6 comments
Kay. Sekali baca tajuk ingatkan kay sambut raya di sana hehehe ni lah padah baca dlm keadaan mamai2 ngantuk.
ReplyDeleteHahaha lawakla Didi ni. Dah pukul 10 dah ni, jangan ngantuk2!
DeleteHi admin. good entry this time. rindunya berada di itaewon !!! Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.
Delete>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<
pernah mkn sekali di Eid...seblum ni asyik Murree je pasni mmg akan ke Eid lagi sbb harga lebih murah dari Murree dan lebih sedap. Tak jumpa Saad ke..katanya anak kepada owner Eid tu dan hensem!
ReplyDeletemasa saya pergi Saad tak ada, tapi ada gadis Korean comel lote (disyaaki gf Saad) yang layan saya. food dekat Eid ni memang sedap betul kan?! teringat2!
DeleteDisyaki gf saad hahahahahhahaha
Delete