[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Boseong to Seoul & Heuksando, Asam Pedas Myeongdong

00:35


Bersambung dari sini.
Saya sampai di Boseong Intercity Bus Terminal dalam pukul 12:45 dan bas direct ke Seoul hanya ada pukul 3:30 nanti. Saya ingatkan nak tunggu sambil jalan area terminal bas tu tapi sekali bila saya keluar tak ada apa pon. Hanya deret-deret kedai dan restoran local.
Juga tak ramai orang so agak sketchy sikit pada saya.

Tak sanggup melangut dalam terminal yang tak ada apa-apa tu berjam-jam, saya ambil keputusan ke Gwangju dan ambil bas ke Seoul dari sana. Boseong ke Gwangju ada 2 bas sejam dan Gwangju ke Seoul pon banyak.

Bas dari Boseong ke Gwangju ni pon bas henti-henti juga, tapi saya bantai je tidur sebab Gwangju adalah stesen last. Perjalanan dalam sejam 15 minit juga.


Tiket bas dari Boseong ke Gwangju berharga KRW8,400

Terminal bas dekat Gwangju ni official name dia U-Square.
Besar dan canggih, juga facility dia lengkap, toilet, coffee shops, kaunter pertanyaan semua ada.
Juga adik yang jaga kaunter tu ramai yang boleh cakap English jadi tak sakit kepala sangat nak komunikasi.
U-Square ni ada website dia sendiri tapi semua dalam Hangul, jadi saya lebih suka refer site ni untuk check route dengan timing.

Saya berjaya dapatkan tiket pukul 3:00 ptg dari Gwangju dan estimate sampai Seoul pukul 6:30 ptg.
Masa nak beli tiket tu, adik kaunter tu tanya saya nak deluxe bas ke normal bus. Beza dia dalam KRW5000. Saya yang kedekut ni ambillah normal bus.
Sangat menyesal ok! Seat dia memang sempit, macam Rapid KL tu. Seksa sangat nak abiskan journey. Dahlah hari tu panas, aircond pon tak kuat sangat.

Tengah-tengah highway ada Korean gaduh pula dalam bas, sampai nak bertumbuk. Cuak saya!
Nasib baiklah ramai oppa-oppa sado yang bantu tenangkan suasana.



Kaunter yang banyak, display pon ada tulis English


Bas tak akan tunggu, juga tak ada driver panggil macam kat Malaysia
 jadi silalah ke gate dan naik bas terus kalau dah ada bas.


Tiket saya dari Gwangju ke Seoul

Saya sampai di Seoul dekat pukul 6:30 ptg.
Bas berhenti di Express Bus Terminal (Line 3 / Line 7) jadi dari situ saya ambil subway ke hotel saya.
Kali ni saya stay hotel sama dengan trip saya bulan 1 hari tu, Hotel Bon Bon sebab ada diskaun hehe Semalam saya dapat dalam RM140 sebilik.

Lepas rehat-rehat sekejap, saya keluar ke Myeongdong. Woohoo, I have missed you Myeongdong.
Misi utama adalah dinner sebab sehari suntuk saya hanya makan green tea ice cream je.

Fikir-fikir akhirnya saya decide ke Heuksando, kedai asam pedas Korea yang famous tu.
Direction boleh refer blog Kak Zarina ni:- Heuksando Asam Pedas Myeongdong.
Terima kasih kak, memang sedap! Sekarang pon teringat-ingat ni *_*


Heuksando, Myeongdong


Owner kedai ni siap print out blog kak Zarina ni
Bila saya masuk je, dia terus Malaysia ya? sambil senyum dan tunjuk menu


Set asam pedas ikan ala ikan tongkol ni sekarang harga dia KRW8,000

...Sangat terliur asam pedas ni sekarang!


You Might Also Like

6 comments

  1. tu dia nampak sungguh menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap zilla, silalah pergi tau kalau ke Seoul :D

      Delete
  2. Replies
    1. sorry... next time ke Seoul singgah tau Nadia!

      Delete
  3. Mmg sedap kan asam pedas myeongdong tu hehe. Elok pulak perut tgh lapar. Lepas kekenyangan stroll jalan2 kt myeongdong..mmg terbaik. Pstt kalau saya kan k, bila da kekenyangan tu napsu nak membeli pun kurang walaupun promoter tu dok panggil2. Elok bg perut kenyang dulu sblm g jenjalan kt situ saya ni hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Kadang-kadang time lapar saya akan teringat-ingat hehe over kan?!
      Haha betul tu, saya pon macam tu. Kalau keluar berjalan dan bukan niat shopping, saya akan makan siap2 kat umah supaya tak overspend. Kalau keluar perut lapar, laju je nak capai semua benda kan :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~