[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Lee's Roll, Apgujeong
00:45
08 Jun 2015
Hari kedua terakhir di Korea. Esok pagi-pagi dah nak balik jadi hari ni banyak lah plan jadi dari pagi jom kita gerak!
Dah siap-siap, saya ambil bas no. 472 ke Apgujeong. Saya ada share pasal bas no. 472 ni dulu.
Bas no. 472 ni boleh naik depan bangunan KEB sebelah Euljiro-il-ga Station (Line no. 2).
Lagi satu bas yang senang nak ke Apgujeong & Garosugil area adalah bas no. 143, boleh naik depan Lotte Department Store, tapi saya lagi suka bas no. 472 sebab bas no. 143 ni pusing jauh (lalu belah Itaewon & Express Bus Terminal).
Pagi tu maybe sebab tak jam, dalam 15 minit dah sampai.
Kali ni saya turun di Apgujeong, tapi nama bas stop dia adalah Hyundai Apartment.
Lepas turun, kena U-turn sikit untuk ke kedai yang saya nak pergi untuk sarapan hari ni- Lee's Roll.
Lee's Roll
** Status kedai ini hanyalah pork-free **
Kedai ni antara kedai premium gimbap yang tengah hot di Seoul tahun lepas dan tersenarai dalam Top 5 gimpab tersedap di Seoul dekat Visit Korea page ni. Dah lama juga saya dok riki-riki kedai ni sebab saya macam perasan gimbap dia tak ada ham.
Saya rasa ramai yang tau gimbap ni adalah Korean version untuk norimaki Jepun, diperkenalkan oleh orang Jepun masa penaklukan diorang dulu-dulu. Gim = nori = seaweed. Bap adalah nasi, jadi loosely translate nasi seaweed. Saya tak pernah lagi jumpa norimaki Jepun letak ham, jadi agak frust bila datang Korea tengok semua gimbap dia letak ham.
Lama jugalah saya tercari-cari gimbap yang boleh makan sebab saya suka norimaki, jadi nak rasa versi Korea. 2, 3 tahun lepas saya start perasan kedai Lee's Roll ni dalam blog-blog Korea & Jepun dan nampak macam boleh makan jadi kali ni saya nekad terjah.
Kedai Lee's Roll ni letak dekat je Apgujeong station (Line 3). Masuk-masuk je kedai, ada lelaki pakai kemeja tengah jaga kaunter, macam manager. Jadi saya tanya dia ada guna ham atau pork tak. Mulanya dia tak faham saya tanya apa jadi saya pakai Google translate. Dia dengan muka bersalahnya jawab kami tak pakai pork atau ham langsung, kami pakai beef je. Mesti dia ingat saya nak makan pork...
Saya tanya lagi sekali dan explained yang saya Muslim semua. Manager tu dengan baik hatinya keluar dan tunjuk mana satu ada beef, mana satu tak ada beef. Siap terangkan ingredients lagi.
Dah yakin tu, saya dengan tamaknya ambil 2 packet- satu tuna dan satu bestseller kat sini, spicy nuts.
Manager tu suruh saya makan dekat tingkat 2, ada meja di atas katanya.
Siap bayar dan ambil gambar, saya naik ke atas, tak sabar nak makan!
Kaunter dia kecil je |
Agak banyak pilihan. Saya datang lepas morning rush hour jadi banyak yang tak ada. Boleh order kalau tak ada, nanti dia buatkan. |
Naik atas nanti ada pintu macam ni. Kat dalam ada 10 seat macam tu kot. Masa saya sampai ni pekerja dia tengah makan sarapan. |
Kimchi, pickles & soup adalah self service. Soup dia macam consomme soup so saya tak berani minum |
Tamak ambil dua paket tapi last-last saya mampu makan separuh je. Separuh lagi saya bungkus dan bawa balik |
Menu 1 |
Menu 2 |
Menu 3 |
Direction:-
Hours of operation: 07:30-21:00, Saturday 20:00 (Closed on Sundays)
Address: 12, Apgujeong-ro 30-gil,Gangnam-gu, Seoul
Access: (Seoul Subway Line 3, Apgujeong Station, Exit 2. Take your first left and then first right)
Untuk map, sila refer bawah. Jalan dari Apgujeong Station exit 2 tu tak sampai 5 minit.
Sila klik map untuk besarkan map |
Keluar dari Exit 2 Apgujeong Station. Belok kiri di simpang pertama |
Ada konbini CU di belah kanan. Belok kanan lepas CU ni |
Selang 3 kedai dari CU tu akan ada kedai ni. Pandangan luar Lee's Roll |
Verdict untuk gimbap - sedap! Seaweed tu saya rasa dia grill? bakar? dengan sesame oil. Vege pon banyak dan fresh, rasa sihat sekejap lepas makan hihi.
Dengan membawa perut yang berat, saya berjalan ke Garosugil...
Sekali lagi, saya ulang kedai ini bukan 100% halal, hanya pork-free.
4 comments
Thanks for sharing kay. Masuk listttttt hehe
ReplyDeleteSila-sila. Harap kena dengan citarasa :D
DeleteKay..bila naik bas tu kan..mcm mana nk tahu dah sampai pit stop kita nk turun tu ada announcement or ada display dlm bus
ReplyDeleteitulah terkejut gak tadi..nampak byk boleh habis ke mkn sorang..heeee
itulah kan..bukan 100% halal..kalau rasa boleh mkn masuk je lah kan..direction detail..kalau sis JM ke sana lagi then nak pegi mmg mudah
Ada display dan ada announcement juga, tapi selalunya saya tengok luar, dah macam area yg saya nak turun saya siap-siap tekan loceng.
DeleteItulah, atas diri masing-masing. Saya yakin untuk makan kalau kedai tu pork free dan tokey dia macam genuine je nak serve kita.