[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Dari Incheon Airport ke Suncheon

00:46


Tiket ke Seoul ni saya beli bulan Ogos tahun lepas untuk pergi berautumn bulan November. Tapi masuk bulan November, saya ada hal jadi tak jadi fly. Sayangkan tiket, saya tukar tarikh ke bulan Jun tahun ni. Tiket ni asalnya saya beli dalam RM410 tapi lepas tukar tarikh, add seat dan luggage total dia lebih RM1,000 lah juga sobs

Lepas settle tukar tarikh, lama jugalah saya tak "sentuh" trip ni. Saya ada rough idea nak pergi mana tapi selalu bertangguh nak buat full itinerary sampailah masuk bulan 4 baru menggelabah nak cari hotel dan buat rangka itinerary. Highlight trip saya kali ni adalah Boseong Green Tea Plantation jadi saya just olah itinerary saya supaya senang nak pergi dan keluar dari Boseong ni. Lagi satu, lepas Nepal saya dah decide yang saya mesti nak ada dekat bandar airport saya nak balik at least 24 hours sebelum flight saya jadi 2 hari terakhir saya nak ada dekat Seoul dah. Serik sangat terlepas flight. Saya tahu kita hanya mampu merancang, tapi tak salah kita mengurangkan risiko kan.

Dah pusing-pusing rangka itinerary, saya akhirnya decide nak buat route Incheon Airport - Suncheon 2 malam - Boseong - Seoul 3 malam. Saya asalnya ingat nak beli Korail Pass yang 3 hari tapi lepas saya survey, dari Suncheon ke Boseong, lagi senang naik bas jadi tak berbaloilah pula ambil pass tu. Juga last-last tu saya terjumpa bas dari Incheon Airport yang boleh sampai Suncheon sebelum gelap jadi tak jadi ambil KTX dari Seoul.

~*~*~

Flight dari KL malam tu macam biasa, tak ada delay Alhamdulillah.
Syukur sangat tak delay sebab kalau delay, saya tak akan sempat naik direct bus dari airport ke Suncheon.

Sampai-sampai je di Incheon, saya terus gegas ke kaunter KT Olleh untuk pick up pocket wifi yang saya dah reserve siap-siap. Sangatlah disarankan untuk reserve awal-awal sebab ada kemungkinan pocket wifi ni out of stock, lebih-lebih lagi kalau musim peak holiday.

KT Olleh ni saya dapat rate KRW5,000 per day tak termasuk tax. Reservation boleh buat di sini. Masa nak reserve perlukan kad kredit ya. Saya sebenarnya first time rent pocket wifi ni, selalunya guna wifi dekat hotel je tapi masa saya ke Korea ni saya tengah kemaruk main satu game ni. Game ni kena ada internet dan saya tak nak kalah level dengan kawan-kawan lain kalau tak main selama 6 hari hihi. Over kan alasan nak sewa Internet!


Kaunter KT Olleh ni ada dekat Arrival Hall

Lepas dah dapat pocket wifi dan pastikan dapat connect dengan betul, saya ke kaunter tiket bas pula.
Tiket bas terletak hujung sekali di Arrival Hall ni.
Ramai juga orang beratur masa ni, buat saya cuak kot-kot tiket habis.


Kaunter tiket bas ekspress


Bila sampai turn saya di kaunter dan cakap nak ke Suncheon, kakak kaunter tu cakap bus ke Suncheon hanya ada pukul 3 petang nanti. Terpaksalah saya dengan Korean saya yang tak seberapa langsung cakap saya nak ambil bas ke Yeosu. Bas ke Yeosu ni akan lalu Suncheon dan ada hanya sekali sehari, depart Incheon Airport pukul 10:20 pagi. Dari Incheon Airport ke Suncheon ni ambil masa dekat 5 jam juga.

Nasib baik ada tiket lagi. Walaupun naik bas ke Yeosu, saya hanya dicharge sampai ke Suncheon sebab dah bagitau awal-awal. Lepas siap beli tiket, saya masih ada dekat sejam jadi ke konbini dulu, top-up T-Money dan beli sarapan. Malas nak tunggu kat dalam, saya terus ke tempat tunggu bas.

Tempat tunggu bas arah South Jeolla ni ada kat luar jadi kena lintas jalan kecil depan arrival hall tadi.


Map tempat tunggu bas


Route bas saya

Tempat naik bas ke arah South Jeolla adalah 9C

Sebelah tempat menunggu bas ni ada bilik kecil beraircond, jadi saya lepaklah dekat situ sambil tunggu bas. Tapi dari tempat menunggu ni tak nampak signage bas dan juga tak ada announcement bas apa yang sampai jadi kena alert la.

Lepas 2, 3 bas datang dan dah dekat-dekat pukul 10.10 camtu saya keluar. Kebetulan ada bas sampai tapi tulisan semua Hangul. Saya tunjuk tiket saya dekat ahjusshi driver tu dan dia cepat-cepat suruh saya naik.

Inilah rupa tiket bas saya. Macam booklet dan ada macam-macam discount coupon kat dalam tu

Bas agak selesa, taraf bas deluxe kot kalau kat Malaysia ni.
Seat memang selesa dan pitch dengan seat depan pon lebar jadi boleh lunjur-lunjur kaki. Setiap seat ada USB charger lagi. Tapi yang saya tak tahannya interior bas ni semua merah!


Interior bas. Saya dapat seat kedua dari belakang.

Dari Incheon Airport, bas ni gerak ke Songdo City dulu. Songdo ni latest smart city dekat Seoul ni dan saya memang ada simpan harapan nak jalan-jalan ke sini jadi ini boleh dikira sebagai preview untuk saya.

Dari jauh dah nampak skycrapers dekat Songdo sana

Jambatan design canggih #1

Jambatan design canggih #2

Dah lepas Songdo, saya terus pengsan tidur. Memang tak sedar langsung! Dan bila sedar, tengok-tengok dah dekat pukul 12 tengah hari. Lama juga saya tidur (padahal dalam flight pon saya tido jugak)

Bila tengok sekeliling, semua menghijau dan penuh gunung-ganang. Masa ni dah excited sangat, wee! Dah lama sangat saya tak bermesra dengan alam macam ni. Juga dah lama tak keluar dari Seoul...


Gambar gegar sebab bas laju >.< Salah bas bukan saya tangan ketar

Bas berhenti sekali dekat R&R dalam pukul 12.30 tengah hari. Lepas bas start jalan je, saya pon layan tidur lagi sekali sampailah dah nak dekat sampai bandar Suncheon.

Cerita di Suncheon kita sambung lain kali ya!

~*~*~

Sebagai panduan, dari Incheon Airport ke Suncheon ada banyak cara tapi saya share yang saya tahu je lah ya:-

1. By train (schedule dan harga tiket boleh check sini
> Direct KTX Incheon Airport 15:50 - Suncheon 19:30 price as at Aug'15 @ KRW48,100 for standing seat
> Transit KTX/Mugunghwa, route dia Incheon Airport - (AREX) - Seoul - (subway) - Yongsan - (KTX, Mugunghwa) - Suncheon. Total travel time dalam 5 jam juga. Cost wise, lagi murah dari direct KTX, lagi-lagi kalau ambil Mugunghwa dan juga boleh sampai awal dekat Suncheon sebab banyak train depart dari Yongsan ni. Tapi lecehlah sebab kena tukar-tukar train kan.

2. By bus
> Direct bus : ni pon ada satu je sehari, depart pukul 15:30 camtu dan ambil masa 5 jam nak sampai Suncheon
> Juga boleh guna bas ke Yeosu macam saya buat ni, tapi ni pon ada satu je sehari pukul 10:20 pagi.

Lagi satu option yang saya buat kalau-kalau Air Asia delay adalah ambil bas dari Incheon ke Gwangju (dalam 3 jam 30 mnt) dan lepas tu naik bas lain ke Suncheon (dalam 1 jam 15 minit). Lebih kurang je naik bas direct tapi rasanya harga akan jadi mahal sikit. Tapi kelebihan route ni adalah bas Incheon Airport-Gwangju dan Gwangju-Suncheon frequency dia banyak.



You Might Also Like

38 comments

  1. Wahh bestnya kay.
    Saya pun ada hati nak buat trip berfokus bandar lain selain seoul tp x tau lah bila. Yg pasti kalau pegi korea lagi kena settle kan cerita di jeju huhu.

    Makin tunggu2 nanti list nya makin panjang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon ada hati nak round habis satu Korea, tapi setiap kali pergi mesti nak ke Seoul juga. Ya, Didi masih berhutang ke Jeju jadi sila balas dendam next time. Sudah ada plankah untuk next time tu?

      Delete
    2. Hanya plan kasar sahaja kay. Utk 2016. Pilihan pn x byk.. summer bulan 6 atau late autumn bln 11& early winter bln 12. Dua2 pn ada pro n cons x tau nak pilih yg mana huhu. Summer mcm thn lpas, takut bertembung perubahan cuaca. Early winter tu masa pendek n tak tahan sejuk huhu feningg.

      Delete
    3. Kan last time dah pegi time summer, kali ni pergilah autumn/winter pulak. Best jalan-jalan masa sejuk ni, nyaman je. Jeju kan bawah rasanya tak sejuk sangat (hihi saya pon tak pernah sampai so main agak-agak je ni)

      Delete
  2. Kay!!! ke Seoul lagi baru2 ni? ..jap nak baca...kalau cite Seoul sis JM mmg x keruan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia, saya di bom kak JM :D
      Ni cerita bulan Jun hari tu. Btw saya baru perasan kita sama-sama ada kat airport malam 04 Jun tu!

      Delete
  3. Wah..nampak menarik ni Kay..biasa org pegi Seoul City dan Nami Island ..trip kali ni mmg menarik..boleh sis jadikan reference...cuma risau nk pegi tempat2 camtu sbb x pandai hangul...ri tu kay pegi ada prob x dari segi tu..ye lahh..nk ke sana ke mari nk tanya org tapi dorang lak x faham apa yg kita nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah ke Nami Island dulu jadi kali ni terjah tempat-tempat lain pula. Kononnya nak abiskan round satu Korea.

      Tang bahasa tu, of course la ada. Selalunya saya pakai google translate (alang2 dah rental wifi kan!) takpon pakai body language je. Saya juga prepare la tempat-tempat yang saya nak pergi dalam Hangul so pakai tunjuk2 je dekat local masa tanya jalan.

      Delete
  4. yeayyyy, akhirnya keluar gak part suncheon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay...Zilla dah boleh prepare itie tu..jelly melly tau

      Delete
    2. iti dah siap JM cuma nak baca pengalaman org lain.mana tau boleh dijadikan panduan nanti

      Delete
    3. JM lak tgh skodeng blog Zilla...byk info nak 'curi' hihihih

      Delete
    4. @ Zilla, maaflah kalau buat Zilla tertunggu-tunggu. Bila Zilla nak ke Korea ni ya?

      Delete
    5. takpe kay..saya sabar je menanti hehehe..InsyaAllah, 2 bulan lagi terbanglah kot..cuma macam yg kita ada borak2 haritu (cewahh), saya lepak kat suncheon 2 mlm, dari situ direct je ambil bas ke jeonju..buat day trip je..mlmnya ambil bas ke seoul, nak jimat penginapan kononnya hehehe...

      Delete
    6. Cun sangat dah Zilla. Pas ko gi, buat entry...nanti aku refer gak. And bersedialah jawab soalan aku cepumas aku. Lambat lagi nak gi tapi macam biasa, pasal Korea ni aku semangkit sikit.

      Delete
    7. @Zilla - Lagi 2 bulan ya. InsyaAllah cerita Suncheon saya akan abis sebelum tu hehe

      Delete
  5. ahahaha..part sewa poket Wifi tu kerana GAME mmg kelakar...kay..kay..x nk kalah katanya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah tak nak kalah! Saya yang ajar diorang main jadi takmola kalah hihi!

      Delete
  6. Dah ada angan2 nk ke Songdo City lak...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang ada, satu sebab nak stalk Daehan Minguk Manse :D Tapi ni lammmmmbat lagi rasanya, banyak lagi wishlist ni!

      Delete
  7. siap bagi panduan tu..itu yg terbaik...sis suka...AA bila nk buat sale lagi ni..ishh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tiru kak JM la, banyak bagi panduan! Itulah, saya pon tertunggu-tunggu sale AA ni...

      Delete
  8. Kay..habis cite trip ni dulu pastu baru sambung trip Himalaya yang tertangguh tu eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh cerita Nepal dah abes la kak JM. Tinggal penutup je yang saya tak ada idea nak tulis camna.

      Delete
  9. Hari tu... SS tuko tarikh flight... Nangesss duit terbang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA memang murah kan, tapi sakit bila tang nak tukar tarikh tu >.<

      Delete
  10. Rent internet sebab kemaruk games? Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak tak senonoh kan... Tapi in the end, Internet tu sangat berguna untuk perkara selain dari games juga!

      Delete
  11. Dalaman bus tu mengingatkan SS pada Soaraksan... Rindu plak tetiba... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu ya! Macam dah ada plan nak repeat Korea je SS ni!

      Delete
  12. excited sgt bace ni.. jeles2.. ok ni mmg comel sgt sewa pocket wifi sbb nak main game hahaha.. tiket flight boleh tukar date ek? eh sori soalan sedikit noob T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia! Tahun ni takde plan ke Korea ke? Saya memang suka main games tapi tak pernah sampai kemaruk macam ni orz

      Ikut jenis ticket juga tapi most of the time boleh tukar. Macam tiket Air Asia saya ni, saya kena bayar change handling fee + fare difference. Tiket saya beli masa sale so fare difference tu besar sebab dia kira beza harga dengan tiket semasa.

      Delete
    2. tiap tahun mmg plan nk ke korea tp xde rezeki thn ni.. next year kene pi and trign nk pi selain seoul so mmg kne print and jilidkan awk pny post entry ni ahhahaha..

      Delete
    3. hahaa tak yahla sampai jilid, entry saya ni tak seberapa.

      btw, air asia tgh sale tu! saya tengok tiket ke seoul banyak lagi bwh rm600 untul next year. cepat-cepatla rembat!

      Delete
  13. Most drama skang diorang suka buat kat Songdo. Sebab nak bagi nampak smart city & moden. Sibaik ada gak diorang shooting kat tempat historical so xdelah hilang identiti Korea. Gitu buat ulasan. Nak baca sambungan Suncheon sebab nak terjah nanti ni insha Allah. Tapi lepas Zilla lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya perasan banyak drama dan juga variety shows suka buat kat Songdo. Saya tak abes study lagi ada apa dekat Songdo ni. Kalau setakat bandar moden je macam tak worth it untuk terjah.

      Saya tengah ada mood nak berblog so insyaAllah cepat la keluar entry trip ni Bila Bie nak balik kg ni? Awal tahun depan ke?

      Delete
  14. Entri anda buat saya terbuka hati nak melawat bandar lain selain daripada Seoul. Yang poket wifi tu memang kena kad kredit eh? debit card tak boleh eh? sedihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry anda?! Kenapa ayat skema sangat dik :D Ya, silalah pergi ke bandar2 lain juga, banyak tempat best tapi saya tetap paling suka Seoul.

      Aah kena ada credit card. Debit card macam tak boleh setahu saya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~