[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Sejenak di Kagoshima City

16:00


Kagoshima City adalah bandar terbesar di Kagoshima prefecture yang terletak di hujung pulau Kyushu. Kagoshima City ni mempunyai sejarah yang panjang, bermula sebagai perkampungan samurai Shimadzu yang mengetuai Satsuma clan pada tahun 1340. Satsuma clan ni bernaung bawah Ryukyu Kingdom (iaitu Okinawa sekarang). Di bawah pemerintahan family Shimadzu ni, Satsuma clan ni makin berkembang dan memodenkan Kagoshima pada masa tu sampai ada port dan industri sendiri. Mereka ni berkembang maju sehinggalah era Edo (Tokyo sekarang) di mana Jepun masa tu mengamalkan polisi tertutup.

Banyak tinggalan dari zaman dahulu ada dalam bandar Kagoshima ni.
Macam lantern batu ni, katanya dah berusia lebih dari 1,000 tahun.
Tapi, dalam Jepun mengamalkan polisi tertutup tu, Satsuma clan ni dengan senyap-senyap telah menghantar anak-anak muda mereka ke Britain dan US untuk belajar industri dan sistem sosial Barat. Mungkin sebab Kagoshima ni jauh kan dengan Tokyo, orang-orang besar dekat Edo tak sedar pasal ni.

Anak-anak muda dari Satsuma clan ni, apabila balik ke Jepun mereka menjadi antara pencetus Meiji Restoration.

Depan Kagoshima station, ada tugu 17 anak muda yang dihantar secara senyap-senyap ke barat untuk belajar
Sedikit penerangan di bawah tugu
Kebanyakan anak muda ini balik semula ke Jepun dan bekerja dengan kerajaan pada masa itu
Tapi ada juga yang terus menetap di barat macam anak muda yang duduk dan pegang anggur ni.
Khabarnya dia menetap di US dan buka ladang anggur, kemudian menceburi bidang wain di sana
Kebanggaan penduduk Kagoshima
Pada akhir-akhir era Edo, seorang lelaki bernama Sakamoto Ryoma telah berjaya pujuk Satsuma clan ni join force dengan Cho-shu clan (yang based di Yamaguchi prefecture sekarang) untuk overthrow kerajaan masa tu dan menaikkan semula maharaja mereka. Sakamoto Ryoma ni legend habis tau, ala-ala Hang Tuah kita la, tak ada orang Jepun yang tak kenal dia dan even sekarang pon mereka bangga dengan dia. Kalau nak cerita pasal Sakamoto Ryoma ni, berjela nanti jadi kita simpan untuk lain kali ya.

Ok, Satsuma clan masa ni dah moden dan ramai bijak pandai jadi selepas kerajaan Edo jatuh, ramai muda-mudi dari Satsuma clan ni dibawa masuk ke Meiji government untuk menggubal undang-undang dan buat polisi untuk memodenkan Jepun.

Ooubo Toshimichi
Beliau berasal dari keturunan samurai dan antara salah seorang orang penting dalam Meiji Restoration di Jepun.
Selepas Meiji Restoration, pemodenan Jepun lebih banyak tertumpu dekat Tokyo, Osaka, Nagasaki dan bandar-bandar besar lain. Saya pon tak pasti kenapa tidak di Kagoshima, tapi mungkin sebab Tokyo dan Osaka lebih bagus access (tengah-tengah Jepun), mungkin juga sebab Tokyo dan Osaka memang pusat pemerintahan dari dulu.

Walaubagaimanapun, Kagoshima city ni tetap utuh pada saya. Dalam mengekalkan warisan, mereka pandai menggunakan sumber yang ada dalam kemodenan. Contohnya projek menghijaukan trek tram dalam bandar ni. Mereka menggunakan habuk dari letusan Sakurajima sebagai base landasan dan atas tu tanam rumput. Dengan gunakan simen yang dibuat habuk dari letusan, tak perlu guna simen chemical. Manakala, rumput tu akan membantu menyejukkan bandar. Kedua-duanya sangat eco-friendly kan?
Sedikit penerangan tentang projek hijau ni
Tram dalam bandar Kagoshima.
Sayang saya tak berkesempatan naik kali ni
Lawa sangat landasan dia kan?
Driver dan tour guide kami :)
Arigatou gozaiamashita!
~~~

SAKURAJIMA BUS TOUR
Bus tour yang saya join ni adalah under Kagoshima City Transportation Center.
Details tour dan departure boleh refer sini .
Sehari ada 2 sesi, pagi dan petang. Boleh call beforehand book dan boleh juga walk-in terus pagi tour.
Bayaran pon boleh refer page yang saya bagi kat atas.

Kalau nak pergi sendiri dari Kagoshima ke Sakurajima, boleh juga,
Dari Kagoshima-chuo Station, kena naik bas ke arah jetty dan naik ferry dari situ.
Dekat Sakurajima, ada loop bus yang boleh naik untuk round satu pulau.
Untuk tahu lebih lanjut kalau nak jalan sendiri di Sakurajima, boleh refer sini.

~~~

You Might Also Like

10 comments

  1. Selamat hari raya KD! Muahhh...

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri Kak Kay hehehe.. selamat hari raya..
    moga dapat kiteee ketemu lagi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Sitiiii, maafla super lambat reply!
      Raya Haji pon dah abis kan. InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi.

      Delete
  3. CT nampak aeon dalam gambar.. ingatkan kat Malaysia je ada haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mestilah ada kat Jepun, asalnya kan dari sana. Dekat Jakarta, Cambodia pon ada tau!

      Delete
  4. macam rare je tempat ni.. hehe.. macam x penah baca entry kawan2 lain..
    CT dok research Japan gak tapi tah bila nak sampai. cuma prepare iti dan kaji sket2.. ada rezeki pegila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nanti nak ke Jepun :D

      Delete
  5. Wahhh.. bestnya dapat pegi jepun.. saya dari taun lepas teringin nak ke sana tak lepas2 lagi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafya lambat reply Afif!
      InsyaAllah ada rezeki nanti dapatlah pergi tu :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~