[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Sakurajima Part 2
00:30Sambungan dari Sakurajima Part 1.
Tour kami diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu
Tabi-no-Sato
Mula-mula saya sampai kedai ni, saya blur habis kenapa kami dibawa sini. Masuk-masuk je, ada obachan yang suruh kami duduk kat satu table besar ni. Semua orang duduk je, terus dihidangkan sample makanan dan dipaksa makan. Terkejut saya, kenapa agresif sangat mereka ni. Pelik pon ada, sebab orang Jepun selalunya sopan je kan. Saya ingatkan kami kena paksa beli dah, tapi kemudian obachan tu suruh kami tengok dinding kedai dia dan barulah saya perasan yang banyak gambar vintage yang menunjukkan Sakurajima meletus.
Obachan yang pakai baju hitam yang agresif :) |
Rupanya ada view yang menarik menunggu kami.
Keluar-keluar pintu je nampak Sakurajima lagi |
Ini adalah bahagian belakang Sakurajima |
Sebelah pintu gerbang merah tu, rupanya ada lagi satu pintu gerbang yang tenggelam dek lava |
Lama juga saya berdiri di sini, rasa terpukau dengan keindahan alam semulajadi. Patutlah ramai yang suka mendaki gunung, sangat cantik di atas ni rupanya. |
Bunga di tengah winter ini buat saya rasa saya faham apa yang obachan kedai tadi cakap yang Sakurajima ni banyak membantu mereka sebenarnya |
Tempat terakhir kami singgah adalah Arimura Lava Observatory.
Arimura Lava Observatory ni dibina menggunakan batu dari lava letusan pada 1914.
Dari sini, boleh nampak Sakurajima dari sisi pula dan kita akan nampak seolah-olah dia ada satu puncak. Oh, rasanya saya tak ada mention yang Sakurajima ni ada 3 peaks dan setiap peak adalah volcano yang active.
Dari sini, nampak seolah-olah ada satu peak je kan |
Batu-batu hitam ni semuanya adalah hasil letusan 1914 |
Salah satu tarikan di Arimura Lava Observatory ni adalah batu berbentuk lion. |
Bayangkan ngerinya batu sebesar ni meletus keluar dari gunung berapi. Dahlah panas kan. |
Kat sini juga ada walkaway sejauh 1km tapi kami tak ada masa nak menerokai |
Gambar terakhir Sakurajima dari observatory ni. Masa ni diorang kecoh-kecoh nampak asap keluar. |
Saya tak nampak pon asapnya... ke mata saya rabun sangat? |
Depan parking, ada kedai-kedai kecil macam ni yang menjual specialties Sakurajima |
Bas kami dan Sakurajima |
On the way ke jetty, ada patung penyanyi famous Jepun, Nagabuchi Tsuyoshi. Dia ni kira macam M. Nasir versi rockers la di Jepun. Sangat berpengaruh dan legend dalam industri J-Pop. |
Kuiz terakhir dari tour guide kami. Apakah yang lain dengan Lawson ni dan kenapa? Siapa dapat jawab betul saya bagi duit raya. |
Saya makan cepat-cepat sebab saya nak naik atas deck, nak tengok Sakurajima lagi |
By the time saya siap makan dan naik atas, kami dah jauh meninggalkan Sakurajima :( |
Ada bendera Hinomaru |
On the way balik ni, baru saya tau apa kegunaan konkrit tengah laut ni. Untuk pemancing rupanya! |
Ramai juga orang yang memancing tengahari buta ni ya |
Dah kekenyangan dan kepenatan, last-last saya duduk dekat kerusi putih tu dan melayan perasaan ditemani Sakurajima dan laut |
3 comments
Kalau musim sakura tu mesti cantik ye Sakurajima ni?
ReplyDeleteBestnya amik gambar takde orang... :-)
Sakurajima ni rasanya tak ada pokok sakura, selalu nampak orang ambil gambar dari belah Kagoshima yang ada.
DeleteSaya pergi time off-season so orang tak ramai sangat :D
sorry CT nak tanya.. how to make sure makanan kat sana halal untuk dimakan kak ? macam akak makan udon tu.. ehehe.. sebab kalo boleh CT nak makan gak wakaka..
ReplyDelete