[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Mengejar Sunset di Suncheon Bay

00:49


Sambungan dari sini..

Kalau ikutkan papan tanda pintu masuk track ke Yongsan Observatory ni, untuk sampai ke puncak akan ambil masa 40 minit pergi balik. Saya just jalan slow-slow je lah sebab budget asalkan sampai sebelum sunset pon dah ok.


Ada jambatan gantung sebelum masuk ke track

Sebelah pintu masuk tu ada sawah padi ni


Track nak ke Yongsan Observatory ni tak adalah hardcore sangat tapi sebab saya ni bukan jenis lasak dan selalu berhiking, sepuluh minit yang pertama tu memang mengah. Track dia siap ada lapik macam kat bawah ni so tak adalah pijak batu-batu. Tapi yang menyemputkan saya adalah kecuraman bukit ni.


Track dia pusing-pusing lereng bukit ni (saya rasalah)

Untuk menghilangkan mengah, saya berhenti tepi track dan berlakon ambil gambar bungalah, daunlah, seranggalah sambil amik nafas. Masa ni memang berikrar nak kurangkan lemak dan banyakkan bersenam lah!


Cubaan ambil gambar macro yang tak berjaya

Dah jalan lebih 15 minit camtu, track ni pecah dua:- satu laluan bertangga dan satu lagi track normal. Ada nama dia, path of something, tapi saya tak jumpa plak gambar yang nampak nama path tu. Saya asalnya ingat nak naik yang tangga tu sebab nampak macam dekat tapi ada satu couple Korea ni cakap lagi senang lalu jalan landai tu.

Saya sambung perjalanan ikut jalan landai tu. Tengah jalan jumpa ramai orang-orang Korea yang tengah hiking, tua muda semua ada. Gadis-gadis muda kat sini selamba je hiking dengan sandal yang bertumit dan berskirt bagai. Kagum (dan juga jeles) saya tengok.


Jalan bertangga


Jalan yang landai

Lepas dah naik tinggi sikit, dah boleh nampak Suncheon Bay dengan waterways dia.
Hijau je pemandangan dia, sangat menenangkan pada saya.


Walaupun langit tak berapa nak cerah, pemandangan tetap lawa!

Track yang tak habis-habis

Pit stop sebelum sampai ke puncak

Lagi 450m! Marilah kita menggagahkan kaki menapak ke atas

Sebelum sampai ke puncak observatory ni, ada satu kawasan rehat. View kat sini pon dah cantik tapi alang-alang dah sampai haruslah sampai ke puncak kan. Saya berhenti ambil nafas sekejap.

Akhirnya selepas menapak dalam 10 minit dan lalu jambatan sekali lagi, akhirnya saya sampai ke Yongsan Observatory! Saya ambil masa dalam 35 minit untuk sampai ke atas ni, alhamdulillah tak adalah lambat sangat.


Yay dah sampai ke Yongsan Observatory!

Sampai-sampai je atas terus, wahhh, cantiknya Subhanallah! Bila tengok air mengalir dengan gunung-gunung kat belakang tu saya rasa tenang betul.


View #1

The famous S curve of Suncheon Bay

Berkali-kali saya try ambil gambar S curve sungai tu macam dalam gambar yang saya selalu nampak dalam Google, Saya pusing-pusing sampai dekat geng satu ahjusshi ni. Ahjusshi ni dah siap setup DSLR, mungkin nak aim sunset.

Saya try ambil gambar dari belakang kamera diorang dan akhirnya saya dapatlah huruf S tu.
Agaknya kesian tengok saya yang pendek ni terkinja-kinja nak ambil gambar, salah seorang ahjussi to offer ambilkan gambar S curve tu untuk saya.


S curve dan kamera canggih ahjusshi

View #2 hasil tangan ahjusshi

Dah puas ambil gambar, saya pon duduk ambil nafas dekat bangku kat situ sambil tunggu sunset.
Masa ni barulah rasa lapar yang teramat, yalah kali terakhir saya makan adalah pagi tadi dalam bus.
Nasib baikla ada bawa bekal roti Gardernia jadi saya makan tu jelah.
Air pon minum sikit je sebab kat atas ni dan sepanjang track tadi tak ada tandas.

Tak lama lepas tu makin ramai orang sampai tapi petang tu matahari agak segan nak menampakkan diri. Yakin tak akan dapat sunset hari ni, saya ambil keputusan untuk turun dan balik hostel.


Matahari yang bersembunyi di sebalik awan

Lepas ahjusshi DSLR kemas camera diorang, saya terus ke best spot tu dan cuba ambil gambar S curve ni

Permandangan on the way turun

Turun ni, saya rasa saya sampai bawah dalam 20 minit camtulah.
Saya pon jalan agak laju sebab dah start gelap dalam hutan tu dan saya pon solo kan.


Gambar ni mengingatkan saya pada kampung halaman


Oh, masa dekat atas tadi saya terserempak balik dengan GP yang naik bas sama dengan saya. Masa turun tadi kami terpisah dan boleh jumpa balik tengah-tengah reed fields.


Tak puas jalan-jalan dekat sini

Bye bye Suncheon Bay. Saya akan kembali suatu hari nanti, InsyaAllah

Masa kami sampai stesen bas, ada lagi 10 minit sebelum bas terakhir (untuk bas #67). GP lari ke cafe Angel-in-Us dan saya ke konbini CU sebelahnya untul beli air.


Ada kafe dan konbini kat sini so tak adalah bosan tunggu bas yang datang sejam sekali tu

Akhirnya bas sampai dan kami balik ke Suncheon downtown. Perjalanan balik lagi cepat, dalam setengah jam.

Malam tu saya tidur awal dan dengan nyenyaknya, sampai hampir terbabas Subuh >.< Lupa yang Subuh masuk awal time summer ni!

You Might Also Like

14 comments

  1. Suma gambar pun cantik.. tp yg paling jeles ialah path dkat reed field tu..

    Mcm boleh byg kan kepancitan hiking tu huhu..korea dan slope / tangga berpisah tiadaa katanya. Tp ok la ni kay berjaya juga menuju puncak.

    Baru nak tanya adakah kay sorang saja pengunjung di situ sbb tak nampak gambar org lain hehe. Baca sampai abis baru tau jwpnnya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Didi. Saya ni tangan senget, beratus ambil gambar tapi yang boleh pakainya tak sampai suku pon sobs

      Hehe ya, berjaya juga sampai puncak walaupon rasa nak patah balik je mula-mula tu. Yezza, Korea dan tangga/slope/bukit memang tak boleh dipisahkan. Asal gi Korea je rasa slim je paha.

      Ramai tu ramai la jugak, tapi saya saja aim ambil gambar time tak ada orang. Sebenarnya masa kat atas tu, deck tu penuh je dengan orang tunggu sunset.

      Delete
    2. Hahahaha nak kena pegi jugak la ni. Berkenan betul dgn reed field tu. Cam best je bergambar berdiri. Melompat. Duduk. Mengadap dpn. Mengadap belakang kat situ. Bahahaha gila camera kan. Tp cantikkk. Pakai pulak baju warna kontra dgn hijau.

      Delete
    3. Amboi dah siap planning OOTD tuh! Silalah pergi, tapi kalau Didi nak ke sini saya rasa better masuk dari Busan. Lagi dekat. Naik bas pon dalam 3 jam je. Pergilah cuti sekolah bln 11 next year!

      Delete
  2. fuhhh hebat kamera memasing...

    Kay, mmg nak kena bawa lampu ke berhajat nak layan sunset kat atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa masa Zilla ke sana nanti autumn kan, gelap lagi awal jadi lebih selamat sediakan lampu untuk turun sebab seingat saya tak ada tiang lampu pon dekat track tu.

      Delete
    2. ok kay..silap hb, mau meraba dah gelap kami nanti :D

      Delete
    3. hehe track dia sangat bagus, saya rasa tak ada lampu pon boleh jalan sebenarnya tapi just to be on safe side, baik bawak kan!

      Delete
  3. Yes! That famous S curve! Walau pun matahari memalu nak berlabuh, view dari atas tu pun dah cukup tenangkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang! Rasa tenang je duk kat atas tu. Saya lepak dekat 2 jam juga, kepenatan satu, tapi rasa lapang je. Bie pon wajib terjah sini (PS: Sila bawak kudapan)

      Delete
  4. part yang berhenti berlakon tangkap gambar tu saya pun buat time mendaki namsan tower HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yalah, kalau tak berlakon nanti kantoi semput! orang-orang korea semua cool je menapak orz

      Delete
  5. cantiknye pic.. pandainye amek pic.. lawanye tmpt ni.. tazaba nk pegiiii.. kne pektis blakon amek pic bunga time semput gak la nnt.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya main tekan je kamera but still thank you ya! hahaha ya kalau tak ada bunga berlakonlah amik gambar langit kekeke

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~