[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Patbingsu at Food Court Shinsegae Gangnam
21:22
Dari Samcheong-dong, saya naik Line 3 dari Anguk Stn. untuk ke GoToMall di Express Bus Terminal.
Shopping di GoToMall ni memang acara wajib pada saya kalau ke Seoul. Mesti ada benda yang nak beli. Dah penat beli-belah, saya ke Shinsegae Mall sebelah GoToMall ni.
Tujuan ke Shinsegae Mall ni satu je, saya nak ke satu kedai patbingsu dalam Food Court dia. Kedai patbingsu ni dah lama ada dan pada saya antara yang simple dan sedap dekat Seoul ni.
Cara nak order dekat Food Court dekat Korea ni lain dengan dekat Malaysia. Dia ada centralize kaunter bayaran jadi kita kena bayar dekat situ. Saya selalu ambil gambar apa yang saya nak dan tunjuk dekat cashier je hehe Selepas bayar, cashier akan bagi resit dengan nombor. Nombor ni akan naik dekat kiosk yang kita order tu jadi sila alert. Saya selalu duduk dekat-dekat dengan kiosk tu, senang.
팥꽃나무집 (Pak-kon-nam-chi-bu?) Saya sangat fail baca Korean orz
Masa saya pergi ni betul-betul lepas lunch hour, ramai orang dekat kiosk ni |
Senarai patbingu yang dijual di sini |
Ah, panas-panas ni teringin nak makan patbingsu *-* |
Saya order yang paling basic- milk patbngsu. Yang warna kuning, hijau & putih kat atas tu adalah mochi Korea. Patbingsu kedai ni buat dengan ais susu, bukannya tuang susu atas ais biasa. |
Habis makan dalam masa 15 minit. Patbingsu kat sini semuanyan simple2 je, tapi sedap. Even kacang merah kat atas tu pon sedap, tak manis sangat. |
Inilah kedai patbingsu tu. Highly recommended kalau nak makan patbingsu yang simple. |
11 comments
Kay,
ReplyDeleteRasanya macam ABC atau macam mana ya? Boleh singgah ne nanti sebab mmg ada dlm iti utk ke Express Bus Terminal ne..Lagi satu nak tanya, kay penah singgah di Seorae Village?
Rasanya dia macam ABC tapi ais dia lembut. Ais ABC tu kan ketul-ketul kan? Ni tekstur dia macam gula kapas tu.
DeleteSeorae Village tu kawasan orang French tu kan? Pernah pergi sekali je dulu-dulu. Sebelah dengan Express Bus Terminal ni, jalan dalam 15 minit camtu.
Zilla...bila nak berangkat...this month ke?
Deleteslaam singgah
ReplyDeletemacam ais kacabg lah
silalah singgah :D panas dan jerebu ni memang best dapat ais kacang kan ;)
Deletekaknoor fav ais kacang Kay, kalau mkn luar tkde lain kalau minuman mmg ais kacang je di order tk pernah jemu, apa lagi kalau bnyk kacang adoiii mmg terbaik
Deleteadoi kak Noor, kan saya dah terbayangkan ais kacang *_* kena cari lepas ni!
Deleteohh mcm tu ke cara nk order...haruslah cari sbb tgk kay mkan licin...sedap tu..ohh rindu Seoul!
ReplyDeleteaah foodcourt dia kena order dekat kaunter general camtu, bukan ikut kedai mcm kat sini.
Deletebila nak ke Seoul lagi sis JM?
Sedapnya nampak bingsu tu!
ReplyDeleteHaha, tulisan hangul tu dia tulis: pat(red bean) kkot (flower) namu(tree) jib(house). XD
Sorry lambat reply, saya terlepas pandang komen awak ni!
DeleteTerima kasih tolong bacakan untuk saya :D