2015.06 south jeolla & seoul
[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon Bay Ecological Park
01:40Sambungan dari sini.
Lepas book untuk join City Tour esoknya, ahjussi hantar saya ke bus stop walaupon saya beria cakap saya boleh pergi sendiri. Rasanya saya ni tak adalah nampak blur sangat...
Anyway, ahjussi hantar saya ke bus stop no 4 kat bawah.
Dari sini ke Suncheon Bay Ecological Park, boleh naik bas no 66 atau 67.
Bas no 67 lagi kerap frekuensi dia tapi itupon satu atau dua trip dalam sejam.
![]() |
| Map recycle dari entry sebelum ni |
![]() |
| Ada electronic board tunjuk schedule bas |
Sebab kekerapan bas 66 & 67 ni tak banyak, jadi dalam setengah jam jugaklah saya melangut dekat bus stop ni. Tapi tak boring pon sebab ramai orang jadi best people watching dekat sini.
Oh, belakang bus stop ni ada market ala-ala Nandaemun tu, tapi scale dia keciklah.
Just jual buah, sayur dan baju ahjumma sikit-sikit.
![]() |
| Kat sini pon ada cafe cute. Plan nak masuk lepas balik dari Suncheon Bay tapi dah kepenatan so cancellah |
![]() |
| Suncheon Market (or rather part of it) |
Akhirnya bas no 67 sampai maka jomlah kita naik!
Dari Suncheon Station ke Suncheon Bay Ecological Park ni dalam setengah jam ke 45 minit la juga perjalanan dia. Dalam perjalanan ke Eco Park ni akan lalu Suncheon Bay Garden dulu. Suncheon Bay Garden ni lain dari Eco Park so jangan confuse ya. Suncheon Bay Garden ni adalah tapak garden expo pada 2013 lepas. Suncheon Bay Garden ni pon menarik juga, tapi kebanyakannya adalah manmade so saya tak minat sangat.
Tambang bas ke Suncheon Bay Eco Park ni adalah KRW1,200 dan boleh pakai T-Money. (thanks tanya Zilla! hehe)
![]() |
| Pension yang menarik otw ke Suncheon Bay Ecological Park |
Bus stop Suncheon Bay Eco Park ni adalah yang terakhir.
Yang tinggal dalam bas hanyalah saya, satu pasangan mak dan anak orang Korea dan juga seorang perempuan mat saleh ni.
Turun-turun, benda first saya buat adalah check bas balik ke downtown.
Masa ni perempuan mat saleh tu tegur saya dan kami borak-borak sambil menuju entrance.
Rupanya perempuan tu dari Poland dan dia datang melawat kawan dia di Mokpo selama seminggu, jadi dia buat day trip dari Mokpo.
Bus schedule from Suncheon Bay Ecological Park to Suncheon downtown
![]() |
| Dari bus stop tadi nak ke entrance, kena lalu parking lot ni dulu |
Entrance fee untuk masuk park ni adalah KRW7,000 seorang untuk dewasa.
Park ni buka dari pukul 8 pagi, last entrance adalah pukul 5.30 ptg (ikut musim) tapi kita boleh keluar pukul-pukul berapa pon.
Oh, lagi satu park ni tutup hari Isnin ya!
![]() |
| Entrance yang sangat gah |
Masa saya sampai ni, park ni dah lengang dan tak ada orang sangat kecuali group ahjumma wind breaker pink ni. Museum pon dah tutup tapi oklah untuk saya sebab saya hanya nak ke reeds field dan Mt. Yongsan tu.
Dekat sini saya split dengan Gadis Poland (GP) tadi, sebab dia nak pusing-pusing area entrance ni dulu. Saya pula terus menapak ke destinasi saya- reeds field!
![]() |
| Geng ahjumma wind breaker pink yang gigih |
Saya pusing-pusing sekejap sambil cari arah ke reed field sampailah jumpa signboard macam kat bawah ni. Ok, 2.3 km nak ke Yongsan Observatory.
Tak jauh dari signboard atas ni, akan nampak reed fields. Masa ni excited sangat sebab pemandangan memang cantik pada saya. Hijau jer! Walaupun tempat ni nampak lagi dramatik kalau autumn sebab semuanya jadi perang je, saya lagi suka pemandangan masa early summer macam ni.
![]() |
| Sayup mata memandang |
![]() |
| Angin agak kuat masa ni |
![]() |
| Rasa tenang sangat bila tengok gambar-gambar ni balik |
Selain daripada reeds, park ni famous sebagai salah satu wetland terbesar di dunia.
Banyak spesies amfibia rare yang bermastautin dekat sini.
![]() |
| Percubaan yang gagal untuk menanti ketam keluar |
![]() |
| Menyambung perjalanan ke arah Yongsan Observatory |
Lama jugalah saya pusing-pusing area reeds sambil buang masa sebab saya budget nak tengok sunset dari Yongsan Observatory. Masa ni memang rasa tenang sangat dan kalau ada rezeki lebih, saya memang nak datang sini lagi sekali.
Akhirnya saya sampai ke entrance untuk start hiking ke Yongsan Observatory. Kat papan tanda tu tulis roundtrip 40 mins, maksudnya saya boleh sampai puncak dalam masa 20 minit la kan? Tapi, ada 1.3km tulis kat situ juga dan berdasarkan tahap kecergasan saya yang tak seberapa ni, rasanya tak mampu nak sampai dalam 20 min hehe Jadi saya just berjalan slow-slow ke puncak.
Berapa lama saya ambil masa untuk sampai puncak akan dikongsi next entry!



































