[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon City Tour (Open Film Set)

07:00


Sambungan dari sini.

05 Jun 2015 : Hari kedua di Suncheon.
Pagi-pagi je bangun tengok hari hujan jadi automatically mood pon merudum.
Haish, saya rasa saya ni memang ame-onna. Saya kalau pergi mana-mana, at least sehari akan ada hujan >.<

[Ame-onna ni bahasa Jepun, ame=hujan & onna=perempuan jadi direct translation dia perempuan hujan tapi maksud dia yang betul adalah orang yang tarik hujan ke mana-mana dia pergi.
Kalau lelaki disebut ame-otoko. Perkataan lawan dia hare-onna/hare-otoko.]

Hari ni saya join Suncheon City Tour selepas dipaksa rela ahjussi semalam.
Saya asalnya memang nak ambil City Tour ni tapi tak jadi lepas tengok semua plan kena pegi Open Film Set yang saya tak berminat. Tapi setelah diyakinkan ahjussi yang saya takkan dapat jelajah tempat saya nak pergi dalam masa sehari, saya pon ikut je lah cakap dia.


~*~*~


Suncheon City Tour ni dianjurkan oleh Suncheon City Office untuk memudahkan orang ramai travel Suncheon. Ada macam-macam course, ada yang ikut tema, ada yang ikut hari.
Hari yang saya pergi ni course dia adalah Suncheon Station > Open Film Set -> Nag'an Eupseong Folk Village -> Deep Rooted Museum -> Seonamsa Temple -> Wild House Tea -> Suncheon Station.
Harga course ni adalah KRW16,000.
Untuk course lain boleh refer page KTO - Suncheon City Tour ni.

Lepas siap-siap, saya keluar cari coffee sambil tengok-tengok kawasan sekali. Ada lebih sejam lagi sementara nak start city tour jadi saya masuk cafe Droptop depan Suncheon Station. Lepas tu ke konbini tapau jus dan yogurt sebab city tour ni tak ada lunch.

Dekat pukul 9.30, saya gerak ke Suncheon Station dan tengok dah ada bus tunggu.
Saya teruslah naik dan sebaik naik, terus ditemuramah oleh driver. Dari manalah, kenapa datang ke Suncheon lah. Adeh, pagi-pagi ni saya tak berfungsi sangatlah ahjussi...


Bas yang akan membawa saya hari ni

Tepat pukul 9.30 pagi, bas pon bergerak.
Tour guide kami ni ada perkenalkan diri masa mula-mula tu, tapi saya tak dapat tangkap nama dia sampai sudah jadi kita panggil dia TG lah ya!
Hari yang saya pergi ni ada 5 orang join tour ni termasuk saya.

Tour ni 100% dalam bahasa Korea tapi saya bernasib baik TG kami hari tu boleh cakap English jadi lepas dia explain dalam Korea, dia datang dekat saya dan explain dalam English pula.


Tour Guide kami memperkenalkan diri dan bagi briefing


Saya ingatkan Suncheon ni kampung, tapi ada banyak juga apartment tinggi-tinggi macam ni

Tak sampai setengah jam naik bas, kami sampai ke destinasi pertama:- Suncheon Open Film Set.
Suncheon Open  Film Set ni dibahagikan ke beberapa area ikut zaman- 40's, 60's, 80's dan ada juga kawasan perumahan miskin.

Kalau ikut TG kami, banyak drama famous buat penggambaran dekat sini, tapi yang saya tahu dan pernah dengar adalah King of Baking (Kim Tak Gu) tu. Juga rasanya Running Man pon ada satu episod dekat sini.

Masa ni hujan lagi so saya agak malas nak keluarkan kamera jadinya gambar pon tak banyak.



Pintu masuk pon bentuk tv


Ada lukisan tunjuk kawasan menarik dekat Suncheon City ni

Area kawasan 40's



Ini pon area 40's


Bakery yang digunakan dalam cerita King of Baker


Siap ada panggung wayang dan post office dalam ni

TG kami bawa kami pusing sampai area perumahan miskin ni dan kemudian kami diberi freetime dalam 20 minit. Saya cuba nak panjat sampai atas tapi sekali terjatuh la pulak disebabkan batu-batu yang licin sobs Nasib baik tak luka ke terseliuh ke dan juga kamera pon selamat.

Kawasan perumahan miskin

Satu-satunya gambar yang sempat ambil sebelum terpeleot haha

Saya naik sekerat jalan je sebab makin ke atas tangga batu dia makin curam dan macam tak ada orang langsung. Rasa tak sedap hati saya turun ke bawah dan terus tunggu dekat bas.

Ahjussi driver dah ada dan sekali lagi dia ajak borak-borak. Beria dia tanya nama saya tapi sampai sudah dia tak dapat sebut dengan betul, last-last dia panggil saya Malaysia! Apa-apalah ahjusshi :D


You Might Also Like

3 comments

  1. Lamanya xsinggah sini. Bajet busy sangat haha. Saya rasa Running Man memang pernah shooting kat SOFS. Nampak macam familiar. Hihi tengok kedai bakery tu teringat cerita Kim Tak Gu tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi takpe tau Bie busy! Kalau saya ke KK nanti insyaAllah saya singgah cafe OK!

      Saya google dah, betullah Running Man pernah buat shooting kat sini ep 116. Kena korek cari ni! Saya tak tengok drama tu, memang sebijik ya?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~