[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Jalan-jalan dari Euljiro ke Samcheongdong

11:32


Hari ke-4 di Seoul, 07 Jun 2015.
2 hari di Seoul ni saya tak ada plan sangat, cuma nak jalan-jalan dan shopping sikit-sikit.
Sebab terbangun awal, saya ambil keputusan untuk jalan je dari hotel saya di Euljiro ke Samcheongdong. Lagipon pagi-pagi ni tak panas sangat :)

Joms!


Kalau autumn mesti cantik jalan ni kan :D

Arca depan salah satu bangunan dekat area City Hall.
Saya perasan bangunan dekat Korea banyak ada arca-arca macam ni kan?

Saya rasa dulu sign dekat Korea ni banyak tulis bahasa Jepun, tapi sekarang semuanya bahasa Cina.
Memang patut puji tourism board dia peka dengan trend, tapi saya rasa sedih pula tengok
makin hilang bahasa Jepun di Seoul ni

Cheonggyecheon stream in early summer

Selepas seberang Cheoggyecheon ni, kita akan masuk area Jongno.
Jongno ni antara area tertua di Seoul, walaupun banyak bangunan moden tapi kalau rajin masuk jalan belakang ada banyak kedai-kedai dan rumah dolu-dolu.


Salah satu bangunan terbaru di Jongno- Gran Seoul.
Atas dia pejabat tapi dalamnya ada food court yang mengumpulkan kedai-kedai famous seluruh Korea,
ala-ala food court Chinese dekat bawah Lot 10 tu.

Masa pembinaan bangunan ni, sebenarnya mereka terkorek kawasan peninggalan dulu-dulu.
Belakang arca-arca ni ada kawasan berkaca dan boleh tengok tinggalan tu (ada batu-batu dan aliran macam parit camtu)

Jalan ke depan sikit, dalam 10 minit camtu akan jumpa Jogyesa Temple pula.
Jogyesa Temple ni famous sebab dia tengah-tengah bandar dan selalu buat event.
Saya tak masuk sampai dalam pon, cuma curi-curi ambil gambar di luar je.

Ini patung Tuhan diorang rasanya

Saya suka sangat tanglung ni, cantik!

Khabarnya pokok kat tengah tu pon dah berpuluh-puluh tahun juga

Kalau tengok dari atas, inilah corak tanglung tadi

Saya teruskan perjalanan sampailah ke simpang empat di penghujung Insadong.
Lintas jalan dan masuk lorong kecil depan bangunan putih yang tengah 2 pokok dalam gambar kat bawah ni (fahamkah direction saya? kalau tak faham bagitau ya!).


Dari Euljiro ke sini, saya ambil masa setengah jam jugalah

Insadong yang sepi di pagi hari

Inilah jalan kecil tadi.
Saya suka kawasan ni, kalau tak ada tulisan kat jalan raya tu, mesti rasa macam zaman dolu-dolu.

Dari jalan atas ni, just jalan je ke atas dan kita akan sampai ke area Samcheongdong.
Samcheongdong ni banyak kedai aksesori, cafe etc yang hipster bak kata anak muda sekarang.






Masa saya pergi ni agaknya churros tengah boom dekat Korea, kat mana-mana pon mesti jumpa kedai churros


Salah satu hanok cafe di Samcheongdong.
Nak masuk tapi masih kenyang >.<


Another cafe yang saya nak sangat pergi (mainly sebab JYJ's Yoochun pernah datang sini hihi).
Saya teringin nak ke Seoul untuk cafe hopping sambil santai-santai je

Ini dah area Samcheongdong yang atas-atas.
Another churros stall

Kalau pagi-pagi macam ni, selalu ada penggambaran dekat Seoul macam ni.
Saya pon tak tau siapa pelakon dia tapi ramai sangat peminat bawak kamera besar-besar tu tengah tunggu.

Saya usha juga siapa pelakon tu, tapi memandangkan saya tak dapat cam siapa, saya blah je lepas 2, 3 minit. Lagipon saya ada misi yang perlu ditunaikan di Samcheongdong ni!

Misi apa itu? Hehe sambung lain hari ya :D

You Might Also Like

6 comments

  1. hihi menarik.. jalan2 santai tak perlu rushing2.. CT nak bookmark.. sebab entry Korea..
    nak buat rujukan kemudian hari =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang suka jalan-jalan santai macam ni :D
      oh dah ada plan ke Korea ke? bila tu cik CT?

      Delete
  2. Saya pn suka area samcheongdong ni. Last time dr bukchon hanok vill terus masuk area ni, hilang terus semput lelah dek kepenatan sbb sini byk kedai2n cafe. Belinya tidak..cuci2 mata.pun dah gembira hehehe.

    Cafe lusso tu kepunyaan yuchun kah? Hihih give me 5 sikit..sbb saya pun pernah ada misi masuk cafe yuchun. Masa tu dia ada kedai eskrem. Timeout namanya kalau x silap. Mmg penuh dgn fans semata. Tp 2014 nak pegi lgi katanya dah tutup huhu. 1 lgi x sempat pegi (sengaja x pegi sbb ada la alasan merepeat. Cafe jaejoong. Nam x ingat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area Samcheongdong ni best kan? Banyak kedai-kedai yang menarik dan tak kelam kabut sangat macam Myeongdong ke Insadong ke. Cafe dia pon macam murah sikit dari Myeongdong.

      Bukan Yuchun punya, dia dulu selalu datang dan pernah diorang buat interview dia dekat sini. Cafe tu memang cantik tu yang saya teringin nak pergi. Timeout tu kedai mak dia kan? Dah tutup around time JYJ keluar TVXQ rasanya. Hehe cafe jaejoong namanya j-holic. Pergila, nnt dapat resit dengan autograf jaejoong woo ♡♡♡

      Delete
    2. A'ah situ mcm bertenang sikit dr myeongdong. Chewah dd ni berckp mcm byk kali sgt pegi sana padahalll hehe. A'ah, kedai mak dia. Habis segala mala semua sudut amik gambo. Mmg penuh dgn fans semata. Sejuk2 lgi mau mkn eskrem bahaha.
      Jholic ye. Siap dpt signature jeje ke. Hee racun baik punya ni. Direction dah ada, masuk dlm iti thn lepas tp last2 dikeluarkan.
      Hmmm entah bila nak repeat korea. Thn ni mmg tidok lah..

      Delete
    3. Iya, dapat receipt dgn signature JaeJoong hihi Masa first time dapat, saya simpan dalam wallet setahun buat lucky charm :D

      Bulan Dec kan cuti sekolah, pegilah masa tu :D Ke dah ada plan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~