[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Ibusuki ~ Chiran Peace Museum

01:00


Sambungan dari sini : Train Hitam Putih : Ibusuki no Tamatebako

Selamat datang ke Ibusuki!

Selepas hampir sejam perjalanan dengan Ibutama, saya sampai di Ibusuki.
Ibusuki ni famous dengan 2 benda - hot sand bath dan Kaimondake Mt.. Hot sand bath ni macam onsen, tapi kita masuk dalam pasir panas instead of air dan Ibusuki ni satu-satunya tempat yang boleh ber sand bath naturally. Kaimondake ni pula adalah volcano yang pernah meletus zaman dulu-dulu, bentuk dia seakan-akan Mount Fuji, jadi zaman dulu-dulu orang panggil dia Satsuma Fuji. *Satsuma adalah nama Kagoshima dulu-dulu.

Tapi saya tak ada plan nak ke kedua-dua tempat ni
Kali ni saya hanya gunakan Ibusuki ni sebagai pit stop untuk naik bas ke destinasi saya seterusnya - Chiran. Saya tau pukul berapa bas, tapi tak sure kat mana naik bas, tapi turun-turun je train, tengok ada Information Center. Sempatlah bertanya dengan adik-adik di situ. Rupanya tempat naik bas dekat luar stesen, jadi kena keluar dulu.

Pemandangan kampung sebelah railroad

Ibusuki Station - saya suka design station dia.
Klasik kan!
Siap ada kolam air panas mini depan station.
Mentang-mentanglah famous sebagai bandar onsen kan.
Bas stand betul-betul depan foot bath 
Bas stand berbeza untuk setiap destinasi, jadi jangan salah tunggu.
Kalau tak yakin, boleh tanya adik dekat information counter dalam stesen

Sejujurnya, transportation dekat area Ibusuki & Chiran ni agak limited, tak ada train setiap 5 minit macam di Kagoshima city. Train datang 2, 3 kali sejam, bas pula datang setiap 2 jam sahaja.
Saya pon ada dekat 40 minit sebelum bas saya datang jadi saya jalan-jalan sekitar Ibusuki Station dulu.



Agak tak faham motif patung-patung dekat foot bath ni

Asalnya saya nak berendam kaki dekat footbath tu, tapi sekali ada 2, 3 pakcik tengah rendam kaki.
Semuanya muka bengis semacam, juga ada parut-parut dekat kaki jadi saya kensel.
Saya patah balik ke stesen, jalan-jalan tapi area Ibusuki Station ni tak ada apa sangat. Juga tak ada orang sangat.


Depan Ibusuki Station.
Sekali tengok macam dekat Malaysia pon ada dengan pokok kelapanya kan.

Tandas Ibusuki Station - pon design klasik dengan *noren ala-ala dekat onsen.
*Noren = senang cakap langsir kot, yang warna merah dan biru dalam gambar atas.

Ambil gambar ini sebab rasa jalan raya dekat Ibusuki ni lebar kalau nak banding dengan tempat lain.
Juga, suka tulisan Capri dekat kedai tu. Oh, 2 orang perempuan tu dari Thailand, sama-sama naik Ibutama dengan saya.
Katanya nak bermalam di salah satu ryokan sand bath.. ah jeles!

Penat ronda-ronda, saya duduk je dekat bus stand tu akhirnya sambil tengok orang.
Tak ramai pon orang yang lalu-lalang, jadi rasa pelik sebab saya dah terbiasa dengan Jepun yang sibuk dan raaaaaamai orang.

Akhrinya bas saya ke Chiran sampai!

Penumpang hanyalah saya dan 2 orang Jepun, kosong buatkan saya mengantuk.

Perjalanan dengan bas dari Ibusuki ke Chiran ni ambil masa dekat sejam juga.
Saya habiskan dengan tidur... rasa rugi pula tak tengok luar dan menikmati pemandangan.
Habit tidur saya dalam kenderaan ni dapat hasil duduk Jepun, asal naik train ke bas ke, mesti nak tidur. Mula-mula dulu saya pelik juga kenapa orang Jepun suka tidur dalam train. Saya siap pernah tanya senpai saya, kenapa orang Jepun suka tidur dalam train? Jawab dia, tak cukup tidur itu semestinya, tapi antara sebab lain adalah sebab nak jaga privacy. Kadang-kadang diorang bukan tidur pon, just tutup mata sahaja sebab tak nak bertentang mata dengan orang sekeliling.

Tapi sekarang sampai saya pon dah terjangkit suka tidur dalam kenderaan ni...


Tengah perjalanan tu saya tersedar, tengok-tengok dah tepi laut dan
ada seorang makcik naik.

Tertidur lagi sekali, bila tersedar, makcik tu dah tak ada.
Tinggal saya seorang-seorang dalam bas.

Walaupon seorang-seorang, tetap berani sambung tidur balik hehe
Sekali buka mata, dah di puncak gunung, siap berteres-teres macam ni.
Jalan pon bukan main curam lagi, tapi bila fikir saya di Jepun, terus hilang cuak sebab yakin selamat.

Akhirnya selepas hampir sejam naik bas, akhirnya nampak lah banyak sikit kereta dan orang.
Maksudnya saya dah sampai bandar Chiran dan saya makin hampir dengan destinasi saya :-
Chiran Peace Museum.
Excited sangat masa ni, sebab saya dah lama mengidam nak ke Museum ni.

Saya disambut pokok kuning yang gah ini

☆ Timetable dari Ibusuki ke Chiran via Kiire boleh refer sini :-Timetable Bas antara Ibusuki & Chiran
Timetable dalam bahasa Jepun, saya tengah malas nak translate tapi table atas adalah dari Ibusuki ke Chiran, bawah pula Chiran ke Ibusuki.
Dari Ibusuki Station, bas ada pukul 8:51, 10:21, 11:51, 13:21 dan 14:51. Last bas adalah sebelum pukul 3 tau, sangat awal. Tambang bas adalah JPY 990 dari Ibusuki ke Chiran,

You Might Also Like

10 comments

  1. kay, next time nak ikut p Jepun boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, insyaAllah. dah ada tarikh nanti saya bagitau Zilla ya :D

      Delete
  2. Ibutama, Ibusuki..lawak! ibujari ibusawat? hehehe..mcm2 nama kat Japan tu kan

    ReplyDelete
  3. pergh..kira 2 jam jgk lah nak sampai ke Chiran kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari Kagoshima city direct sejam je, tapi sebab saya pusing jauh ke Ibusuki dulu tu yang jadi 2 jam

      Delete
  4. Kay pandai cakap Jepun leh la ke Chiran ni..cam kami yg buta huruf ni tak berani takut sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah kalau study tak sesat nya kak JM!
      akak ke Bangkok solo tu tak cakap Siam pon lepas kan :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~