[TRAVELOG] Aug 2014 : Tentang Spa di Manila & Hari Terakhir 4/4

16:57

Sambung lagi perjalanan hari kedua saya di Manila.

Dalam tengah hari, kami patah balik ke Metro Manila dan kemudian ke spa, The Spa.


Saya sudah lama sakit-sakit bahu jadi saya ambil course head and shoulder massage.
Kosnya dalam RM80 untuk sesi selama 90 minit yang pada saya murah kalau dibandingkah
dengan spa di Malaysia.
The Spa ini banyak branches di Manila dan kalau ada yang berkesempatan ke sana,
saya recommend ke spa ini sebab servicenya memang bagus dan harga memang murah berbanding Malaysia.

Usai berspa, kami sambung jalan ke Market!Market!Market untuk cari buahtangan.
Market!Market!Market ini banyak jual barang keluaran tempatan.
Di sini saya sempat beli dried mango dan pisang coklat buat souvenir.

Disebabkan susah hendak mencari makanan halal, kami beli sushi dan bawa balik makan di rumah senior saya.




Hari terakhir saya di Manila, kami terbangun lewat, tengok2 jam sudah pukul 11 pagi.
Flight saya pukul 3 petang berlepas dari Manila jadi apalagi macam lipas kudung kami bersiap.
Kami selamat sampai di airport dalam pukul 1.30 petang dan saya terus bergegas masuk check-in semua.

Sekali bila sudah masuk di dalam balai menunggu, barulah saya diberitahu yang flight delay setengah jam.
Dari setengah jam menginjak ke sejam dan akhirnya dua jam saya bertapa di bilik menunggu.
Rupa-rupanya hari itu ada ribut di kawasan Laut China Selatan jadi tidak selamat untuk flight berlepas.
Akhirnya jam 5 petang lebih, flight ke KL berlepas dan saya selamat sampai di klia2 dalam pukul 9 malam.




Tips kalau hendak ke Manila:-
1. Tukar duit siap2 di Malaysia kerana ringgit tidak laku di sana. USD, SGD & JPY pula rate bagus di sana jadi kalau tukar ke tiga matawang ini sebagai tabung emergency pun OK saya rasa.

2. Semasa imigresen nak masuk ke Manila, pastikan anda ada tiket keluar dari Manila sebab kalau tidak ada pegawai imigresen tidak akan benarkan anda masuk. Ini MUST ya.

3. Tidak banyak kedai halal jadi prepare la bekal, maggi ke roti ke. Saya ada ternampak Secret Recipe yang ada tanda halal JAKIM though.

4. Kalau hendak beli souvenir, kedai "Kultura" ini banyak pilihan yang berkualiti. Harga pun tidak banyak beza dengan Greenhills tapi dekat Greenhills boleh tawar menawar. Kultura ni jual barang-barang buatan tempatan, Bagusnya kalau Malaysia pun ada one stop shop macam ni yang jual souvenir kan...




5. Masa nak balik, sila prepare duit sebanyak PHP750 (dalam RM68 duit kita) untuk bayar airport tax so saya cadangkan asing siap-siap.


Adakah saya akan ke Manila lagi? Kalau dapat tiket murah dalam RM200 ke RM300 saya akan pergi.
Adakah saya recommend Manila? Kalau anda suka shopping, saya recommend datang masa sale dekat Krismas. Semua mall akan buat sale besar-besaran time ini. Kalau anda suka history dan city, saya recommend ke Intramuros dan singgah tengok Bonifacio City dan Makati, 2 bandar moden di Manila. Ke Intramuros buat saya rasa nak ke Sepanyol...

Trip ke Manila ini adalah trip spontan, tapi saya puas hati saya decided pergi ke Manila.
Manila banyak mengajar saya bersyukur.
Saya rasa saya tidak sebut di entri pasal Intramuros tentang anak-anak gelandangan di luar kota tersebut. Ramai yang masih kecil dengan kaki tidak berlapik berlari2 menjual kraftangan dan makanan kepada pelancong. Sebak saya tengok...
Tapi anak-anak ini semuanya ceria, mata mereka bersinar-sinar dan selalu senyum.

Saya rasa, macam anak-anak ini, selagi kita redha dan pada masa yang sama positif dengan hidup kita sehari-hari, kita akan rasa hidup ini indah je kan...

Tamatlah travelog saya ke Manila, lepas ini insyaAllah saya tulis pasal trip naik tren ke Penang pula :D

You Might Also Like

2 comments

  1. kalau nak sightseeing agaknya sesuai x utk ke Manila ni MK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM, saya ingatkan dah reply comment ni, sorry2! Hmm, sightseeing tu kalau ada sehari pon dah cukup rasanya. Stop over sehari on the way nak pergi ke mana2 pulau kat Philippines tu OK pada pendapat saya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~